Gempa Bumi Lemah Dikesan Berlaku Di Tawau Awal Pagi Tadi

Gempa Bumi Lemah Dikesan Berlaku Di Tawau Awal Pagi Tadi

0
SHARE
Foto: Ihsan METMalaysia

TAWAU: Satu kejadian gempa bumi lemah dikesan telah berlaku di daerah ini pada jam 4.54 pagi, hari ini.

Gempa tersebut disahkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dan telah mengeluarkan kenyataan mengenai kejadian.

METMalaysia dalam satu kenyataan hari ini berkata, kejadian gempa itu berada di koordinat 4.5° Utara dan 118.1° Timur dengan magnitud 2.7. 

Jarak pula, 17 kilometer Utara dari Tawau dengan kedalaman 10 kilometer. 

Gegaran dirasai di sekitar Tawau, Sabah.

METMalaysia turut meminta penduduk yang merasai gegaran akibat gempa bumi ini dapat mengisi borang soalselidik di pautan ini:

https://forms.gle/BuhTW8K4B8op9rRx6