Hanya 15% Remaja 12 Hingga 17 Tahun Di Sabah Telah Terima Vaksin...

Hanya 15% Remaja 12 Hingga 17 Tahun Di Sabah Telah Terima Vaksin Setakat Ini

0
SHARE
Gambar sekadar hiasan...

KOTA KINABALU, SABAH – Seramai 63,826 remaja atau 15 peratus (15%) daripada 426,000 remaja antara 12-17 tahun di Negeri Sabah telah divaksin pada Ahad.

Jurucakap Perkembangan COVID-19 Negeri Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, seramai 24,667 individu remaja Sabah telah menerima suntikan vaksin mereka kelmarin (19 Sept).

Katanya lagi, jumlah penduduk yang menerima vaksin Dos 1, Dos 2 ataupun vaksin jenis Cansino (jenis vaksin dos tunggal) adalah seramai 51,013 orang setakat Sabtu.

“Sebanyak 2,059,354 orang atau 72.3 peratus dari populasi dewasa sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin…

“Manakala penduduk yang telah lengkap divaksin adalah seramai 1,560,178 atau 56.6 peratus dari populasi dewasa di Sabah,” katanya.

Dalam pada itu, Masidi mengumumkan sebanyak 35 kes kematian dilaporkan pada hari Ahad.

Infografik perkembangan terkini COVID-19 di Sabah setakat 19 September 2021…(Sumber Foto: Command Centre Sabah)

Beliau berkata 14 kes berlaku di Sandakan, sembilan (9) kes di Kota Kinabalu, tiga (3) kes di Keningau, dua (2) kes di Putatan dan Lahad Datu manakala Kunak, Ranau, Tawau, Penampang dan Nabawan masing-masing mencatatkan satu (1) kes.