Haram Bermain Permainan ‘Fortnite’, Mengajak Individu Islam Untuk Hancurkan Kaabah

Haram Bermain Permainan ‘Fortnite’, Mengajak Individu Islam Untuk Hancurkan Kaabah

0
SHARE

KAIRO, MESIR – Permainan atas talian ‘online’ yang kini tular iaitu ‘Fortnite’ diharamkan oleh Lembaga Agama Islam yang mana didakwa telah menghina agama Islam.

Universiti Al-Azhar dalam satu kenyataan telah mengeluarkan peringatan tentang permainan video ‘online’ bernama ‘Fortnite’ itu mengajak para pemain untuk menghancurkan kiblat umat Islam iaitu Kaabah bagi membolehkan mereka mendapat tambahan senjata dan naik ke tahap atau peringkat seterusnya dalam permainan itu.

Peringatan itu dikeluarkan melalui Pusat Universiti Antarabangsa untuk Fatwa Elektronik, hukum berdasarkan keputusan oleh para ahli hukum Islam.

Memetik laporan berita tempatan Mesir, lembaga fatwa mengingatkan kepada para pemain permainan video itu untuk berjaga-jaga dan berhati-hati kerana didakwa telah mengalihkan tugas asas seorang manusia untuk mencari ilmu atau pekerjaan yang berguna.

Tambah mereka lagi, permainan video tersebut digunakan untuk menghasut kepada kebencian dan mampu menyakiti orang yang memainkan permainan tersebut serta merugikan diri mereka sendiri.

VIDEO menunjukkan paparan permainan ‘Fortnite’ yang mana jelas kelihatan struktur Kaabah dalam permainan video ‘online’ tersebut…

Bagi isu yang berkaitan permainan ‘Fortnite’ akan menghancurkan Kaabah, pusat fatwa berkata bahawa permainan tersebut mendorong anak muda untuk menghancurkan Kaabah kiblat suci umat Islam bagi memenangi permainan itu.

 

Dalam pada itu, pasukan ‘Fortnite’ baru-baru ini menerusi satu hantaran Facebook tampil menjawab isu berkenaan dan memaklumkan mereka sentiasa berpegang pada prinsip untuk menghormati mana-mana agama.

Menurut pembangun permainan tersebut, foto tular yang memperlihatkan beberapa pemain sedang berdiri di hadapan kaabah sebenarnya direka oleh seorang pemain sendiri menerusi mod ‘creative’ yang membenarkan pemainnya melakukan suntingan.

Walaupun pasukan ‘Fortnite’ telah tampil memberi penjelasan, pihak Universiti Al-Azhar tetap memperingatkan bahawa permainan ini jelas menghancurkan keyakinan anak muda dan harga diri mereka. Selain itu, ia meremehkan tempat yang dianggap suci oleh seluruh umat Islam.

Disebabkan itu, pusat fatwa mengulangi pelarangan atau ‘PENGHARAMAN’ semua permainan elektronik yang memerlukan kekerasan atau idea-idea palsu yang membawa kepada masalah atau menunjukkan penghinaan terhadap agama.