Hentikan Sikap Jejaskan Pasukan Sabah FC – Bung  

Hentikan Sikap Jejaskan Pasukan Sabah FC – Bung  

0
SHARE
Bung Moktar menyampaikan sumbangan kepada seorang kanak-kanak dari Rumah Amal Kasih Kingfisher...(Sumber Foto: @Jay)

KOTA KINABALU, SABAH – Pemangku Presiden Persatuan Bolasepak Sabah (SAFA), Datuk Seri Bung Moktar Radin memberi amaran kepada pemain-pemain Sabah FC supaya menghentikan sikap yang boleh menjejaskan pasukan itu.

Katanya, sebarang permainan gosip perlu dihentikan kerana ia boleh menjejaskan pasukan.

“Kita kena hentikan, cukup, cukuplah. Saya beri amaran yang terakhir,” katanya pada Majlis sungkai Sabah FC di Pusar Persidangan Antarabangsa Sabah (SICC) di sini, malam tadi.

Bung Moktar bersama Ketua Pegawai Eksekutif Sabah FC, Firdaus Akbar sejurus tiba ke majlis tersebut…(Sumber Foto: @Jay)

Amaran beliau itu sebagai susulan tindakan beberapa pemain Sabah FC baru-baru ini dilaporkan memboikot latihan mereka ada kaitan dengan kelewatan pembayaran gaji mereka dan membiarkan isu berkenaan dimedia sosial.

Bung Moktar yang juga Timbalan Ketua Menteri, berkata beliau tidak boleh bertolak ansur dengan tindakan sedemikian dan akan mengambil tindakan.

Katanya, pemain-pemain seharusnya menunjukkan semangat patriotik terhadapan pasukan sendiri dengan menunjukkan sifat-sifat kasih sayang, kesetiaan dan kecintaan dalam pasukan.

“Jika tiada sifat-sifat kecintaan, ia boleh dianggap sebagai pembelot”.

“Jangan main-main, saya tidak main politik apabila saya mahu rombak SAFA dan Sabah FC,” tegas Bung Moktar.

Pemangku Presiden SAFA itu menjelaskan pihaknya sedar risiko apabila dia mengambil keputusan untuk menerajui persatuan bolasepak itu termasuk untuk merombak Sabah FC.

“Saya telah melakukan pengorbanan termasuk wang ringgit, masa dan pengetahuan. Namun tiada siapa yang tahu,” katanya.

Bung Moktar meletakkan tanda tangan pada cenderahati Sabah FC…

Ketika ditanya wartawan kemudian, Bung Moktar meminta pemain Sabah FC mempunyai kesatuan dalam pasukan dan tidak memikirkan soal-soal kepentingan peribadi yang boleh menjejaskan pasukan.

“Matlamat kita bukan untuk menang semata-mata tetapi persembahan yang terbaik pasukan suapaya para penyokong berpuas hati,” tegasnya.

Katanya, jangan lagi ulangi sikap yang menjejaskan pasukan sebaliknya pasukan Sabah FC perlu terus maju menjadi pasukan yang kuat.

“Perkara yang tidak sewajarnya jangan lagi ditimbulkan. Jangan belum main lagi, pasukan sudah kalah,” katanya.

Mengenai dengan perlawanan menentang pasukan UITM FC di Stadium Likas, Sabtu ini, Bung Moktar berkata, pihaknya berkeyakinan Sabah FC mampu untk mengutip tiga mata penuh di halaman sendiri.

Katanya, berdasarkan situasi perlawanan dengan Penang FC di luar minggu lalu, Sabah FC boleh mengutip mata dalam perlawanan tersebut.