Ibu Tunggal Maut, Terjatuh Dari Tingkat 21

Ibu Tunggal Maut, Terjatuh Dari Tingkat 21

0
SHARE
Ibu tunggal ditemui maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 21 kondominium

KUALA LUMPUR – Seorang ibu tunggal berusia 40 tahun dilaporkan maut selepas terjatuh dari tingkat 21 di salah sebuah kondominium di Cheras, semalam.

Dilaporkan, berlaku perselisihan faham antara keluarga yang dipercayai menjadi punca ibu tunggal itu jatuh.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisione Zam Halim Jamaluddin berkata, siasatan awal mendapat tiada unsur jenayah dalam kejadian dan pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kes itu.

“Motif kejadian masih dalam siasatan, namun dipercayai perselisihan faham keluarga dan setakat ini tiada unsur four play,” katanya di sini, hari ini.

Turut dinyatakan bahawa ibu tunggal maut itu merupakan penjawat awam yang berkhidmat di sebuah agensi di ibu kota dan pernah menerima Anugerah Khidmat Cemerlang.

Semalam, media melaporkan dalam kejadian kira-kira jam 9 malam mayat wanita yang mempunyai lima orang anak itu ditemui oleh pengawal keselamatan di kaki lima bangunan berkenaan dalam keadaan terbaring.

Juga tular beberapa gambar memaparkan mayat mangsa yang ditemukan di tingkat bawah kediaman berkenaan.

Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Canselor Tuanku Mukhriz (HCTM) untuk dibedah siasat.