Individu Bujang Lebih Berisiko Mati Awal Berbanding Individu Berkahwin

Individu Bujang Lebih Berisiko Mati Awal Berbanding Individu Berkahwin

0
SHARE
Gambar sekadar hiasan...

LONDON, BRITAIN – Individu yang menjalani kehidupan rumah tangga yang bahagia dapat menikmati hidup lebih lama dan sihat, dedah satu kajian.

Menerusi laporan MailOnline, kajian Pejabat Statistik Kebangsaan mendedahkan kadar kematian dalam kalangan lelaki dan wanita bujang meningkat dua kali ganda berbanding mereka yang berkahwin.

Pakar percaya keadaan itu berlaku kerana pasangan sering mengingatkan satu sama lain agar melakukan pemeriksaan kesihatan apabila mengalami masalah kesihatan.

Selain itu, menjalani kehidupan bahagia dapat membantu mengurangkan tekanan dan menggalakkan gaya hidup sihat.

Hidup berkeluarga juga dikaitkan dengan pengurangan kebarangkalian untuk terlibat dengan tabiat-tabiat berisiko.

Dalam pada itu, kehidupan bujang, bercerai atau menjadi balu dikaitkan dengan peningkatan kadar kesepian dan tekanan…

“Buat kali pertama, kami menganalisis trend demografi dalam kadar kematian berdasarkan status perkahwinan.

“Kami mendapati bahawa berdasarkan data selama 10 tahun, lelaki dan wanita yang berkahwin atau mempunyai pasangan secara konsisten mempunyai kadar kematian yang rendah berbanding individu bujang, duda, janda atau balu,” katanya.