PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengesahkan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Felda Global Ventures Holding Bhd (FGV) dengan rela hati.
Menurut Najib, pendirian tersebut dinyatakan sendiri oleh Mohd Isa dalam pertemuan mereka di sini pagi ini.
Pertemuan tersebut turut dihadiri bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala.
Mohd Isa menjadi pengerusi syarikat itu sejak 2011, sebelum ini terlibat dalam pertelagahan terbuka dengan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif FGV, Datuk Zakaria Arshad yang kini bercuti sementara siasatan dijalankan.
Sementara itu, dalam satu kenyataan, Lembaga Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH) mengesahkan peletakan jawatan Mohd Isa dari jawatan Pengerusi FGVH, dalam anak syarikat, syarikat bersekutu dan syarikat usaha sama.
Berikutan itu, Lembaga juga mengumumkan pelantikan Sulaiman sebagai Pemangku Pengerusi FGVH berkuatkuasa hari ini
Dato’ Seri Najib juga turut mengumumkan “Bagi menghargai Mohd Isa dalam FGV, kerjaaan telah bersetuju untuk melantik beliau sebagai pemangku Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) berkuat kuasa serta merta,”.