ISTERI MINTA SEORANG MADU, SUAMI BAGI HADIAH TIGA ORANG

ISTERI MINTA SEORANG MADU, SUAMI BAGI HADIAH TIGA ORANG

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Poligami merupakan antara perkataaan yang paling digeruni dan amat sensitif terutama sekali buat golongan wanita, namun ianya berbeza dengan seorang wanita yang juga merupakan seorang isteri meminta madu dari suaminya

Namun, bukan sahaja wanita ini yang memiliki seorang madu, tetapi TIGA (3) orang madu yang dihadiahkan suaminya.

Memetik laporan mStar, wanita berkenaan yang hanya ingin dikenali sebagai Mimi berusia 31 tahun mengakui walaupun terkesan, sikap tolak ansur dalam berumah tangga itu penting demi menjamin kebahagiaan mereka.

“Perasaan itu tidak dapat dinafikanlah, memang tidak ada yang sanggup nak bermadu, tetapi masing-masing dapat bertolak ansur demi kebahagiaan dan ‘business’ masing-masing…

“Yang penting suami kena berlaku adil dan kasih sayang juga perlu sama rata,” katanya.

Mimi yang merupaka isteri pertama berkata, kesunyian yang dirasai setiap kali suaminya bertugas di luar kawasan menyebabkan dia meminta suaminya itu untuk mencarikannya madu.

“Saya yang suruh suami cari madu sebab saya nak ada teman dan yang paling penting ‘wife’ kedua sebenarnya adalah BFF (Best Friend Forever) saya pada asalnya…

“Lelaki jarang nak lepaskan peluang macam ni kan, tetapi ada la syarat yang tertentu,” jelas Mimi.

Bagaimanapun, Mimi tidak ingin mendedahkan atau berkongsi antara syarat yang ditetapkan olehnya kerana terlalu bersifat peribadi.

Terdahulu, perkongsian Mimi yang turut sama dalam majlis pernikahan madunya yang keempat tular di laman media sosial TikTok.

Menurut Mimi lagi, perkahwinan keempat suaminya itu yang berlangsung pada 21 Disember lalu mendapat restu daripada ketiga-tiga ‘isteri tua’.

“Bila dia beritahu nak kahwin yang kedua dan lain-lain, saya boleh terima sebab saya bersetuju, saya tidak kisah pasal bermadu asalkan dia adil, tidak curang dan kalau dia mampu tidak salah…

“Jadikan madu-madu ini sebagai kawan atau adik-beradik baru la dapat rasa kemanisan madu itu,” katanya sambil menambah bahawa keempat-empat mereka berasal dari Kelantan dan menetap di rumah yang berlainan.

Mimi (kiri sekali) merupaka isteri pertama…(Sumber Foto: mStar)

Selain Mimi, suaminya itu yang juga merupakan seorang kontraktor dikenali sebagai Wary, turut berkahwin dengan Rina berusia 26 tahun, Anis berusia 25 tahun dan Tiha yang juga berusia 25 tahun.

Menurut Mimi yang telah berkahwin pada tahun 2014, mereka kini mempunyai DUA (2) orang cahaya mata, iaitu anak perempuannya yang kini berusia tujuh tahun serta seorang lagi anak lelaki berusia empat tahun, hasil perkahwinan Wary dengan isteri keduanya.