Isteri Rela Bermadu, Bantu Elak Fitnah

Isteri Rela Bermadu, Bantu Elak Fitnah

0
SHARE
Cinta
Perkahwinan suami Cinta Arjuna bersama madunya ( Sumber Foto: Gambar tular di laman media sosial )

SHAH ALAM – Bagi kebanyakan isteri sukar untuk menerima hakikat diri dimadukan, namun berbeza dengan seorang wanita berusia 37 tahun yang bertindak melamar isteri baharu buat suaminya.

Memetik sumber Sinar Harian, wanita berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Cinta Arjuna berkata, dia memberi keizinan kepada suami untuk berkahwin lain pada tarikh ulang tahun perkahwinan mereka ke-10 yang juga ulang tahun kelahiran suaminya.

Dia berkata, walaupun sudah mendirikan rumah tangga selama sedekad dan masih belum dikurniakan zuriat, namun ia bukanlah alasan utama untuknya rela dimadukan.

Sebaliknya Cinta Arjuna menegaskan, dia benar-benar ikhlas untuk menerima wanita berstatus janda anak dua itu sebagai madu kerana mahu membantu ‘memuliakan’ dan menjaga maruahnya.

“Dia (madu) merupakan individu yang saya kenal kerana kami tinggal di kawasan perumahan sama. Semenjak dia bergelar janda, bermacam-macam fitnah dan tohmahan dilemparkan kepadanya.

“Jadi untuk menjaga maruah, saya sendiri bertanya sama ada awak nak tak berkahwin dengan suami saya?” katanya ketika dihubungi.

Tambahnya lagi, pernikahan tersebut bukanlah atas dasar keinginan suaminya kerana dia sendiri yang melamar wanita berkenaan tanpa pengetahuan sesiapa.