KOTA KINABALU, SABAH – Jumlah kes harian COVID-19 di Sabah naik 87 hari ini berbanding 67 kes semalam.
Jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, ianya merupakan pertambahan hampir 30 peratus.
Hari ini merupakan hari kelima secara berturut-turut kes harian meningkat.
“Walaupun peningkatan kes harian telah diramal lebih awal akibat perhimpunan ramai menyambut perayaan Aidilfitri dan Kaamatan sepanjang bulan Mei, tetapi kesan sambutan tersebut melimpah ke bulan Jun…
“Ini kerana masih ramai yang merayakan sehingga sekarang. Kelonggaran keatas aktiviti-aktiviti sosial juga merupakan faktor yang menyumbang kepada kes jangkitan baharu yang lebih tinggi.
“Mengambil kira perayaan dan cuti sekolah yang masih berjalan, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah menjangkakan penstabilan kes harian hanya boleh dicapai pada hujung bulan Jun,” katanya.
Katanya hari ini lapan (8) daerah mencatatkan jumlah jangkitan harian yang lebih tinggi daripada sebelumnya berbanding empat (4) daerah yang mencatatkan penurunan kes harian.
Sebanyak 12 daerah mencatatkan kes baharu satu angka dan Kota Kinabalu dengan 30 kes (+2) serta Penampang 27 kes (+8) kekal dengan jangkitan baharu dua angka.
“Lima-belas (15) daerah tidak mencatatkan sebarang jangkitan baharu sepanjang tempoh 24 jam yang lalu.
“Daerah Kunak dan Telupid pula kini diisytihar Zon Hijau setelah tidak mencatatkan sebarang kes baharu selama 14 hari berturut-turut,” katanya dalam rumusan harian kes.
Namun begitu, hanya terdaapt dua (2) kes dalam Kategori 4 hari ini.
Berikut merupakan pecahan kes mengikut daerah di mana angka dalam kurungan adalah jumlah kelmarin.
Kota Kinabalu 30 (28 )
Penampang 27 (19)
Sandakan 8 (0)
Putatan 4 (6)
Tawau 4 (2)
Sipitang 3 (3)
Tuaran 3 (1)
Beaufort 2 (0)
Semporna 2 (0)
Tambunan 2 (2)
Papar 1 (4)
Tongod 1 (0)
Beluran 0 (0)
Kalabakan 0 (0)
Keningau 0 (0)
Kinabatangan 0 (0)
Kota Belud 0 (1)
Kota Marudu 0 (0)
Kuala Penyu 0 (1)
Kudat 0 (0)
Kunak 0 (0)
Lahad Datu 0 (0)
Nabawan 0 (0)
Pitas 0 (0)
Ranau 0 (0)
Telupid 0 (0)
Tenom 0 (0)





