KAKI FITNAH SEGERALAH BERTAUBAT!! FITNAH MAKANAN PUAD ZARKASHI

KAKI FITNAH SEGERALAH BERTAUBAT!! FITNAH MAKANAN PUAD ZARKASHI

0
SHARE

FITNAH MAKANAN PUAD ZARKASHI

Jika dahulu kita boleh lihat Puad bersarapankan FITNAH,dengan menuduh bekas calon ahli parlimen UMNO Batu Pahat, serta beberapa calon UMNO Johor dengan mengatakan ada calon yang mempunyai gambar hubungan ‘sex’ terlarang di atas katil berjaya menjadi calon, hanya kerana beliau tidak di calonkan UMNO di Kerusi Parlimen Batu Pahat pada PRU14 lepas, di atas beberapa faktor antaranya orang melayu di daerah itu serta UMNO sendiri kuat menolak beliau kerana keangkuhan dan sikap berkepentingan peribadi serta kronisme semata-mata sepanjang menjadi wakil rakyat.

Apabila sampai waktu makan tengahari, Puad akan terus mengunyah dan hadam pula dengan hidangan MEMFITNAH bekas Pengerusi Perhubungan UMNO Johor yang juga Menteri Besar pada suatu ketika Dato Seri Khaled Nordin, dengan bermacam-macam tuduhan di antaranya isu Pulau Batu Putih, ketelusan, integeriti di dalam pentadbiran Kerajaan Johor dan bermacam-macam lagi serangan dibuat termasuk memboikot kempen PRU14 UMNO Johor dengan meletakkan jawatan pengarah JASA secara mengejut yang secara tidak langsung merencatkan pergerakan kempen UMNO di medium peperangan utama ketika itu merupakan media sosial, dan sepatutnya JASA lah menjadi rejimen askar utama UMNO di medan tempur PRU14.

Tiba waktu petang pula Puad akan ber ‘Hi Tea’ pula dengan berbekalkan sedikit kudap-kudap FITNAH (makanan ringan) untuk di nikmati dengan menuduh pula Ahli Parlimen Ketereh Tan Sri Anuar Musa, meminta projek rundingan terus bagi kerja pembinaan jalan Di Ketereh.

Jadi pada pendapat saya, tuduhan Puad Zarkashi terhadap YAB Tan Sri muhyiddin dengan dakwaan, perintah kuarantin 3 hari untuk menteri yang mengadakan lawatan keluar negara diwartakan kerajaan, oleh kerana Perdana Menteri itu enggan berkuarantin sekembalinya lawatan beliau dari Indonesia tempoh hari, bukan lah satu perkara yang mengejutkan kerana kita jangan lupa bahawa Puad Zarkashi ini masih lagi belum lagi menikmati makan malam nya, serta saya percaya tuduhan tidak berasas dan tidak berlaku ini lah juadah beliau .

Dan begitulah rutin harian seterusnya, kerana pada saya, seorang PEMAKAN FITNAH seperti Puad ini tidak akan pernah kenyang serta fikir soal dosa, pahala,syurga dan neraka apabila mati kelak, asal kan perutnya kenyang dengan fitnah dan hatinya puas, akibat meletakkan kekecewaan, kuasa, harta dan sebagainya itu di depan berbanding perjuangan terhadap rakyat, agama, bangsa dan tanah air.

Oleh demikian, saya mendesak agar Puad Zakashi membuat permohonan maaf secara terbuka sebelum tindakan perundangan di ambil lalu kembali lah pada tali ajaran Islam serta segera bertaubat kepada Allah SWT.

”Sekian Terima Kaseh”

Fadhly Zulkifly,
Batu Pahat, Johor.

Tulisan ini asalnya ditulis oleh Fadhly Zulkifly dan artikel ini tidak ada kaitan secara langsung atau tidak langsung dengan pihak Sabah News…