Kerajaan Perlu Ambil Inisiatif Bendung Kenaikan Harga Barangan, Perkasakan Undang-Undang – Patrick

Kerajaan Perlu Ambil Inisiatif Bendung Kenaikan Harga Barangan, Perkasakan Undang-Undang – Patrick

0
SHARE
Naib Presiden Parti Kerajsama Anak Negeri (Anak Negeri), Patrick Tangkalau...

TUARAN, SABAH – Kerajaan perlu mengambil inisiatif untuk membendung kenaikan harga barangan dengan memperkasakan penguatkuasaan undang-undang dari segi kawalan harga barang.

Naib Presiden Parti Kerajsama Anak Negeri (Anak Negeri), Patrick Tangkalau berkata, kenaikan harga barang semakin membebankan rakyat ketika ini.

Menurutnya, kerajaan seharusnya bertindak menghadkan kerbergantungan kepada sumber import dan menyelaraskan pemberian subsidi bagi mengurangkan perbelanjaan dan meningkatkan pengeluaran negara.

“Saya mempersoalkan kenyataan Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia (KPDNHEP), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi…

Datuk Seri Alexander Nanta Linggi…

“Beliau menyatakan bahawa kenaikan harga barang masih tidak membebankan rakyat. Siapa kata rakyat tidak terbeban? Dia tidaklah terbeban sebab menteri dan cukup duit!,” katanya dalam sebuah kenyataan semalam.

Katanya lagi, kerajaan perlu mengambil tindakan drastik untuk menangani isu kenaikan harga barangan khususnya makanan dan bahan-bahan pertanian.

“Pembukaan semula sektor-sektor ekonomi sepatutnya mengawal penawaran harga dan menstabilkan ekonomi negara bukan untuk memonopoli sesuatu produk dan mengambil kesempatan menaikkan harga produk atau barangan.

“Kita lihat peningkatan harga barangan keperluan harian, peralatan binaan, input pertanian dan makanan telah memberi kesan kepada pelbagai pihak di peringkat pembekal, kontraktor, peniaga serta pengguna sendiri.

“Kenaikan ini bukanlah bersifat sementara tetapi perubahan ekonomi negara atau dunia mempengaruhi keadaan semasa,” katanya.

Patrick juga mendesak Kerajaan hari ini supaya membuat perubahan drastik dengan menaikkan kadar gaji sektor awam dan swasta kerana tuntutan Kerajaan hanya kepada memanjangkan tempoh perkhidmatan berbanding dengan kenaikan gaji pekerja-pekerja sektor itu.

“Rakyat berpeluang terus memainkan peranan menstabilkan harga dengan meningkatkan daya usaha dan membangunkan usaha-usaha yang mendatangkan berbanding hanya berharap kepada bantuan one-off Kerajaan hari ini.

“Bukalah kawasan tanah yang ada, usahakan secara kecil-kecilan untuk sara hidup dan pastinya menjadi skala besar pengeluaran hasil usaha itu setelah stabil,” katanya.

Beliau menyeru kepada rakyat yang memiliki tanah untuk bermula dari sekarang.

“Jangan lewat mengusahkan tanah pusaka sendiri! Jangan jual tanah pusaka sendiri! Jangan berhutang dengan pengurup-pengurup wang tidak berlesen yang akan membebankan rakyat sendiri,” tegasnya.