KOTA KINABALU, SABAH – Jumlah kes harian COVID-19 di Sabah kembali menurun dengan 48 kes lebih rendah daripada jumlah kelmarin membawa kepada keseluruhan 189 kes hari ni.
Kota Kinabalu kekal penyumbang kes harian tertinggi di Sabah dengan 33 kes baharu hari ini, penurunan lapan (8) kes daripada hari sebelumnya.
Jurucakap Perkembangan Harian COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata ia diikuti oleh Tuaran , 30 kes (+7), Ranau 21 kes (-1), Kota Belud 18 (-1), Papar 15 (-4), Penampang 15 (-4), Sandakan 10 (+1) dan Putatan 10 (-5).
“Sebanyak tujuh (7) daerah mencatatkan kes satu angka antara dua (2) 2 hingga tujuh (7) kes. Tidak ada kes baharu di 10 daerah,” jelasnya dalam rumusan harian kes.
Dalam pada itu, sebanyak 186 daripada 189 kes hari ini berada dalam Kategori 1 dan 2.
Masidi berkata masing-masing seorang dalam Kategori 3 dan 5, tiada pesakit dalam Kategori 4.
“Satu kes lagi masih dalam penilaian lanjut Jabatan Kesihatan Negeri Sabah,” katanya.
Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (19 Dis) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):
Kota Kinabalu – 33 (41)
Tuaran – 30 (23)
Ranau – 21 (22)
Kota Belud – 18 (19)
Papar – 15 (19)
Penampang – 15 (19)
Sandakan – 10 (9)
Putatan – 10 (15)
Keningau – 7 (12)
Tenom – 7 (11)
Kota Marudu – 6 (4)
Kuala Penyu – 5 (4)
Tambunan – 3 (6)
Lahad Datu – 3 (1)
Semporna – 2 (2)
Beluran – 2 (1)
Tawau – 2 (9)
Telupid – 0 (0)
Kinabatangan – 0 (1)
Kunak – 0 (0)
Nabawan – 0 (2)
Sipitang – 0 (2)
Pitas – 0 (1)
Beaufort – 0 (6)
Tongod – 0 (3)
Kalabakan – 0 (0)
Kudat – 0 (7)