KM HAJIJI SEMPURNAKAN ISTIQBAL NUZUL AL QURAN PERINGKAT NEGERI

KM HAJIJI SEMPURNAKAN ISTIQBAL NUZUL AL QURAN PERINGKAT NEGERI

0
SHARE
Hajiji
Hajiji menyampaikan sumbangan daripada Perbadanan Baitumal Negeri Sabah kepada asnaf pada Majlis Istiqbal Nuzul Al-Quran Peringkat Negeri 1445H/2024H di Masjid Negeri Sabah ( Sumber Foto: Ihsan JKM Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor telah menyempurnakan Istiqbal Nuzul Al-Quran Peringkat Negeri 1445H/2024H di Masjid Negeri Sabah pada Rabu.

Beliau turut menyampaikan sumbangan daripada Perbadanan Baitumal Negeri Sabah kepada 30 asnaf dari kawasan Kota Kinabalu.

Selepas berbuka puasa, Hajiji turut menunaikan solat fardhu Maghrib, solat Isyak dan solat sunat tarawih berjemaah.

Pengisian majlis itu ialah Tazkirah Khas Nurul Al-Quran oleh penceramah jemputan dari Indonesia, Ustaz Derry Sulaiman.

Turut hadir ialah Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif, Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, Datuk Mohamad Hamsan Awang Supain, Yang Di Pertua Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Datuk Yahya Hussin dan Pengerusi Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah, Datuk Dr Omar Raisul As-Salam Syah Sulaiman Omar.