Korea Selatan Setuju Beli 70,000 Pil COVID-19 Keluaran Pfizer

Korea Selatan Setuju Beli 70,000 Pil COVID-19 Keluaran Pfizer

0
SHARE

SEOUL, KOREA SELATAN – Agensi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KDCA) dalam satu kenyataan baru-baru ini mendedahkan Korea Selatan bersetuju untuk membeli 70,000 pil antiviral percubaan COVID-19 keluaran syarikat Pfizer.

Channel News Asia (CNA) melaporkan bahawa Pfizer memaklumkan keputusan percubaan menunjukkan pil antiviral ‘Paxlovid’ itu mengurangkan sebanyak 89 peratus (89%) risiko kemasukan ke hospital atau kematian pada pesakit berisiko tinggi menghidap penyakit parah dalam tempoh tiga hari dari permulaan simptom COVID-19.

Sebelum ini, media melaporkan Korea Selatan sudah menandatangani perjanjian bagi mendapatkan 200,000 pil COVID-19 Merck & Co.

Ia sedang meneliti untuk membeli tambahan 134,000 pil, walaupun tidak memutuskan rawatan khusus, kata KDCA.

Kerajaan bulan lalu berkata, sedang berbincang dengan farmaseutikal Switzerland, Roche Holding AG yang sedang membangunkan pil antiviral mudah diurus bagi COVID-19.

Kerajaan Korea Selatan memperuntukkan dana bernilai 36.2 bilion won (AS$30.63 juta) bagi pil antiviral oral COVID-19, demikian menurut agensi berita CNA.

Pfizer sedang mengadakan perbincangan bersama 90 negara berhubung kontrak bekalan Paxlovid, kata Ketua Pegawai Eksekutif Albert Bourla dalam satu temu bual, pada Sabtu.

Terdahulu, UK telah memperoleh awal 480,000 pil antiviral Merck dan 250,000 pil Pfizer.