Kumpulan Seni Pertahankan Diri Sambut Konvoi KMJG di Beaufort

Kumpulan Seni Pertahankan Diri Sambut Konvoi KMJG di Beaufort

0
SHARE
Kmjg
Persembahan seni mempertahankan diri yang bertenaga ( Sumber Foto: Ihsan Jabatan Penerangan Sabah )

BEAUFORT, SABAH – Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2024 Negeri Sabah yang tiba di Bangunan Persekutuan Daerah Beaufort petang semalam disambut dengan persembahan seni pertahankan diri.

Seramai enam orang terdiri daripada Muhd Luqmanul Hakim Azriman, 12, Muhammad Afiqire Roslan, 13, Nuratiqah Roslan, 20, Nur Syaqilah Natasyah Mohamad, 12, Nuraqirah Roslan, 23, dan Mohd Nor Aiman Abdul Haris, 22, mempamerkan aksi bertenaga.

Program yang dihadiri kira-kira 500 orang itu disempurnakan oleh Pegawai Daerah Beaufort Mohd Nazri Ajun dan beliau turut melepaskan Konvoi KMJG 2024 yang diketuai oleh Pengarah Penerangan Sabah Jainisah Mohd Noor. — JABATAN PENERANGAN SABAH