Lebih 100 Juta Dos Vaksin COVID-19 Russia (Sputnik V) Di Hasilkan Di...

Lebih 100 Juta Dos Vaksin COVID-19 Russia (Sputnik V) Di Hasilkan Di India

0
SHARE

MOSCOW, RUSSIA – Salah satu pemaju vaksin COVID-19 Russia, Sputnik V mengumumkan syarikat pengeluar ubat-ubatan yang berpangkalan di India, Hetero, akan menghasilkan lebih 100 juta dos suntikan vaksin itu.

“Hetero, salah satu syarikat farmaseutikal generik terkemuka, bersetuju untuk menghasilkan lebih 100 juta dos setiap tahun di India, yang adalah vaksin berdaftar pertama di dunia bagi menentang jangkitan COVID-19, iaitu Sputnik V,” kata Dana Pelaburan Langsung Russia (RDIF) dalam satu kenyataan.

Menurut RDIF, pengeluaran dijangka bermula awal 2021.

Memetik laporan AFP, Russia pada awal minggu ini berkata bahawa keputusan interim daripada ujian klinikal Sputnik V menunjukkan vaksin itu menunjukkan keberkesanan 95 peratus, sama dengan vaksin antarabangsa yang turut menghasilkan keberkesanan keputusan ujian sebanyak 90 peratus atau lebih tinggi.

Russia turut mengumumkan vaksin Sputnik V dijual pada harga AS$10 (RM40.71) satu dos di pasaran antarabangsa, lebih murah berbanding vaksin COVID-19 lain yang berdaftar.

Russia adalah negara pertama mengumumkan pendaftaran vaksin COVID-19 pada Ogos lalu, yang digelar Sputnik V sempena satelit era Soviet.

Setakat ini, ujian vaksin itu berada di tahap ketiga dan terakhir dengan lebih 40,000 sukarelawan terbabit dalam ujian rahsia yang menggunakan dua individu berbeza.

Ketua RDIF, Kirill Dmitriyev, berkata beliau yakin Sputnik V akan menjadi sebahagian penting daripada portfolio vaksin kebangsaan di setiap negara yang sanggup untuk melindungi populasinya daripada COVID-19.