Lee Zii Jia Lantik Indra Widjaja Sebagai Jurulatih

Lee Zii Jia Lantik Indra Widjaja Sebagai Jurulatih

0
SHARE
Lee Zii Jia...

KUALA LUMPUR – Pemain badminton perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia kini memilih pengendali skuad perseorangan wanita kebangsaan, Indra Widjaja, sebagai jurulatih beliau selepas bergerak secara professional profesional setelah tidak lagi bersama dengan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Menurut laporan Sinar Harian, perkara itu diumumkan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ti Lian Ker.

Tambah belia, permohonan pemain nombor satu negara itu untuk menubuhkan Kelab Badminton Lee Zii Jia juga mendapat kelulusan Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PJS).

“Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Pesuruhjaya Sukan, Ibrahim Mohd Yusof di atas kelulusan penubuhan Kelab Badminton Lee Zii Jia.

“Ini sekaligus akan membantu untuk melayakkan Zii Jia mengambil alih peranan jurulatih Indra Wijaya yang akan menamatkan kontraknya bersama BAM pada 31 Mac depan,” katanya menerusi akaun Facebooknya.

Jelas Lian Ker lagi, BAM juga bersedia menyerahkan Indra Wijaya untuk terus membantu Zii Jia bagi meneruskan karier badminton profesional pemain dari Alor Setar tersebut.

“Pejabat saya akan membantu Zii Jia untuk melicinkan proses pendaftaran, permit kerja dan keperluan imigresen. Saya mengucapkan selamat maju jaya kepada Zii Jia dan Kelab Badminton Lee Zii Jia yang baru ditubuhkan,” katanya.