Lelaki Ditemui Mati Dalam Kereta Proton

Lelaki Ditemui Mati Dalam Kereta Proton

0
SHARE
Putatan
Seorang lelaki ditemui mati dalam Proton Saga berhampiran lot kedai Taman Jumbo ( Sumber Foto: Tangkap layar video tular )
Putatan
Seorang lelaki ditemui mati dalam Proton Saga berhampiran lot kedai Taman Jumbo ( Sumber Foto: Tangkap layar video tular )

PUTATAN, SABAH – Seorang lelaki ditemui mati dalam sebuah Proton Saga yang diletakkan berhampiran lot kedai Taman Jumbo di sini,  tengah hari tadi

Polis menyifatkan lelaki itu sebagai seorang warga tempatan berusia 57 tahun yang disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh paramedik Hospital Queen Elizabeth.

“Mayat telah dibawa ke Jabatan Forensik Hospital untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.

Kes sedang disiasat sebagai Kematian Mengejut,” kata Ketua Polis Daerah Penampang DSP Mohd Haris Ibrahim.

Disamping itu, orang ramai didakwa mengenal pasti identiti mangsa merupakan ketua kampung di Kampung Talang Taun, Petrus Wong, di sini.

Sebuah rakaman berhubung insiden penemuan terbabit telah disebarkan ke laman media sosial petang tadi.