BEAUFORT, SABAH – Gara-gara bawang, seorang lelaki dipukul menggunakan batang besi di Kampung di Kampung Pansung, Rancangan Klias sini, kelmarin.
Polis berkata mangsa 38 tahun itu sedang lena dalam sebuah bilik di rumahnya sebelum didatangi suspek yang juga jirannya.
Ketua Polis Beaufort, DSP Yusoff Zaki Mat Yaacob berkata, saspek lingkungan 30 tahun itu terus memukul mangsa dalam kejadian 12 tengah hari itu.
“Ini mengakibatkan lebam dan luka pada tangan kiri mangsa. Mangsa terus berdiri dan bertindak memeluk suspek dalam percubaan untuk menghalang diri daripada terus dipukul…
Selepas keadaan terkawal mangsa bertanya kenapa dia diserang.
“Jawab saspek, mangsa telah mencuri bawang dari dalam rumahnya,” kata Yusoff.
Selepas kejadian itu, saspek melarikan diri manakala mangsa membuat laporan polis.
Bertindak atas laporan itu, Yusoff berkata sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah menjalani siasatan dan memberkas suspek.
“Suspek ditahan pada jam 11 malam tadi di Kampung Melabau Pangsong. Turut dirampas adalah batang besi yang digunakan semasa kejadian…
“Hasil ujian air kencing yang dilakukan mendapati suspek positif dadah,” kata Yusoff.