Lelaki Maut, Terlibat Kemalangan Tujuh Kereta dan Sebuah Motosikal di Flyover Luyang

Lelaki Maut, Terlibat Kemalangan Tujuh Kereta dan Sebuah Motosikal di Flyover Luyang

0
SHARE

KOTA KINABALU: Seorang lelaki berusia 44 tahun disahkan meninggal dunia dalam kemalangan membabitkan tujuh kenderaan dan sebuah motosikal di flyover menghala ke Luyang, pagi tadi.

Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 6.33 pagi menerusi talian balai.

Sepasukan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas kemudian digerakkan ke lokasi dan tiba pada jam 6.41 pagi.

Komander Operasi, PBK II Mohd Hanafiah Tunjol melaporkan kemalangan berkenaan membabitkan tujuh buah kenderaan dan sebuah motosikal.

Seorang lelaki berusia 44 tahun yang berada dalam sebuah Toyota Hilux disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut.

Operasi yang turut melibatkan PDRM dan KKM ditamatkan pada jam 7.55 pagi selepas keadaan di lokasi dipastikan selamat.