
TAWAU, SABAH – Seorang pemandu lori pembancuh simen maut apabila kenderaan terbabit terbalik di Kampung Serudung Baru di Jalan Lucia sini pada Selasa.
Mangsa Mohammad Jain Habib Kusin @ Husin, 59, disahkan maut di tempat kejadian oleh pegawai perubatan dalam insiden kira-kira empat petang itu.
Sepasukan sembilan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Tawau bertindak ke lokasi.
“Mangsa didapati tersepit dan berjaya dikeluarkan dengan bantuan lori tunda 22 tan.
“Mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” kata seorang jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah.
Katanya operasi ditamatkan pada jam 6.37 petang setelah memastikan tiada bahaya lain.