RANAU, SABAH – Malim gunung dan LIMA (5) Pegawai Bomba Bantuan (PBB) Mencari dan Menyelamat Gunung (MOSAR) berjaya menurunkan seorang wanita berusia 47 tahun yang cedera ketika menuruni gunung Kinabalu, dibahagian kaki dari ‘Sayat-Sayat Hut’ ke ‘Timpohon Gate’.
Operasi itu yang bermula pada jam 10.30 pagi kelmarin (29 Okt) dari lokasi ‘Sayat-Sayat Hut’ selamat tiba di ‘Timpohon Gate’ lebih kurang jam 7 malam semalam.
VIDEO menyelamatkan dan menurunkan mangsa daripada ‘Sayat-Sayat Hut’ ke ‘Timpohon Gate’ kerana cedera ketika menuruni Gunung Kinabalu…(Sumber: JBPM)
Dalam operasi tersebut, mangsa diusung menggunakan peralatan ‘Robinson stretcher’ yang mana turut dibantu oleh renjer Taman-Taman Sabah.
Menuru sumber Jabatan Bomba Dan Penyelemat Malaysia (JBPM) Sabah, wanita itu kemudiannya diserahkan kepada EMRS Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau untuk rawatan awal sebelum dihantar ke Hospital Ranau untuk rawatan lanjut.





