Mangsa Buli Terima Tumbukan, Tendangan Dengan Tenang

Mangsa Buli Terima Tumbukan, Tendangan Dengan Tenang

0
SHARE
Buli
Tangkap layar video pelajar sekolah menengah dipercayai di Tanjung Aru yang dibelasah beramai-ramai oleh rakan sekolah (Sumber Foto: Tangkap layar video tular)

KOTA KINABALU, SABAH – Tular rakaman video seorang pelajar sebuah sekolah menengah dipercayai di Tanjung Aru, sini, yang dibelasah beramai-ramai oleh rakan sekolah sendiri pada Selasa lepas.

Dalam rakaman video berdurasi 23 saat itu, mangsa dilihat menerima tumbukan dan tendangan dari empat pelajar dalam keadaan tenang sambil diperhatikan yang lain.

Malah lelaki itu mengekalkan posisi di khayalak ramai seolah tidak merasa sakit.

“Saya hanya mampu viral saja. Sebab saya bukan ada di tempat kejadian. Bantu viral supaya ada tindakan dan tidak berleluasa,” tulis keterangan pada video yang diviralkan pada aplikasi WhatsApp itu.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah memaklumkan pihaknya belum menerima aduan atau laporan mengenai kejadian.

“Polis sedang mengesan pelajar dan ibu bapanya kerana perbuatan membuli di sekolah tidak wajar dibiarkan,” katanya.