MASIDI BETULKAN KENYATAAN PALSU SHAFIE APDAL

MASIDI BETULKAN KENYATAAN PALSU SHAFIE APDAL

0
SHARE

KOTA KINABALU: Kenyataan terbaru Presiden Warisan Mohd Shafie Apdal yang cuba mengelirukan rakyat dengan menyamakan operasi Sabah Petrolieum Sdn Bhd (SIP) dan SMJ Energy Sdn Bhd (SMJE) dengan skandal 1MDB diperbetulkan Menteri Kewangan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun.

Kemungkinan Shafie sendiri keliru kerana walaupun SIP dan SMJE melibatkan pembiayaan menerusi hutang pelaksanaanya tidak sama kerana tidak melibatkan sebarang kehilangan wang melainkan pembiayaan semula.

Shafie kononnya mendakwa operasi syarikat-syarikat terlibat sama dengan 1MDB kerana dikendalikan sepenuhnya oleh pengurusan syarikat dan tidak memerlukan kelulusan perbelanjaan dana daripada kerajaan negeri.

Beliau turut mempersoalkan mengapa pembiayaan semula menerusi Sukuk yang diterbitkan SMJE berjumlah RM900 juta digunakan membayar hutang SIP pada Sabah Development Bank (SDB), sedangkan SIP mampu membayar pinjaman.

Dakwanya, sukuk itu sepatutnya digunakan membantu rakyat khususnya untuk pembaikpulihan kemudahan asas.

Kenyataan itu hanya menunjukkan bahawa Shafie kurang faham fungsi sukuk kerana setiap terbitan bond/sukuk mempunyai tujuan tersendiri, ianya tidak boleh ditukar ganti.

“Seperti yang telah dijelaskan dalam sidang Dewan Undangan Negeri pada November 2023 dan kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Sabah pada 29 Mei 2024, pengambilalihan SIP oleh SMJE serta penstrukturan semula hutang SIP melalui pengeluaran Sukuk RM900 juta adalah langkah yang bersifat menambah nilai dan membawa manfaat.

“SIP akan menjimatkan lebih RM60 juta setahun kerana faedah Sukuk adalah lebih rendah daripada faedah yang perlu dibayar kepada SD Bank.

“Bon tertunggak SD Bank kini dikurangkan sebanyak RM700 juta dan boleh meneruskan operasi terasnya sebagai bank pembangunan untuk membiayai projek dalam bidang fokus tenaga, air dan infrastruktur.

“Hasil daripada penstrukturan semula ini, SMJE telah menerima RM397 juta melalui pemilikan 10 peratus SIP dalam Petronas LNG9 Sdn Bhd (PLNG9).

“Pemilikan 10 peratus PLNG9 (kini dipindahkan dari SIP ke SMJE) akan terus menjana pendapatan dianggarkan sebanyak RM150 juta setahun untuk tempoh 13 tahun akan datang bagi SMJE.

“Operasi dan aset lain SIP, termasuk perkhidmatan dan aset luar pesisirnya (FPSO/FSO) telah menjana RM271 juta dalam pendapatan untuk SMJE sejak pengambilalihan tersebut.

“Program Sukuk Wakalah tertakluk kepada penggunaan hasil yang ketat, termasuk pembiayaan perbelanjaan modal, menanggung kos yang berkaitan dengan perniagaan tenaga, membiayai semula pembiayaan Islamik yang sedia ada dan akan datang, serta menanggung perbelanjaan yang berkaitan,” jelas Masidi dalam kenyataan.

Maka, sukuk terbitan SMJE jelas untuk mengambilalih SIP.

Menerusi pengambilalihan itu, SMJE memastikan syarikat itu rendah lialibiti. Oleh kerana kedudukan syarikat-syarikat yang terlibat semuanya milik kerajaan negeri, maka pertimbangan adalah daripada segi keuntungan atau faedah.

Kerana SMJE mengambilalih SIP lalu membayar hutang pada SDB, maka faedah pada ketiga-tiga syarikat itu adalah SIP menjimat RM60 juta daripada segi faedah.

Bond SDB pula berkurang sebesar RM700 juta pada masa yang sama SMJE mendapat pulangan RM397 juta menerusi penstrukturan (SMJE mengambilalih SIP) dan RM150 juta untuk 13 tahun RM1.950 bilion iaitu lebih 2 kali ganda nilai sukuk RM900juta.

Selain itu, operasi SIP telah menyumbang RM271 juta kepada SMJE setakat ini. Tindakan SMJE melibatkan diri dalam penstrukturan itu telah membantu SIP RM60juta daripada segi bayaran faedah pada SDB, maka SDB pula terselamat dariada segi bayaran kupon untuk bond sebesar RM700juta.

Kesimpulannya, faedah yang diperoleh SIP dan SDB adalah faedah untuk Kerajaan Negeri, pada masa sama SMJE memberi pulangan kewangan kepada kerajaan negeri.

Sebagai bukti pencapaian penstrukturan tiga syarikat milik kerajaan negeri tersebut, SMJE membayar RM50juta dividen pada Kerajaan Negeri pada tahun 2023. Jumlah divdien tersebut merupakan jumlah terbesar daripada RM138.7 juta yang dibayar syarikat-syarikat milik kerajaan negeri pada tahun lalu.

Mengulas lanjut, proses pengambilalihan syarikat adalah bersifat menambah nilai dan bukan penyelamatan atau “bail-out”.

“Hasil penerbitan Sukuk yang diterima oleh SD Bank berjumlah RM700 juta digunakan sepenuhnya untuk membayar balik pemegang bon SD Bank.

“Baki sejumlah kira-kira RM200 juta digunakan untuk menebus pinjaman tertunggak SIP dengan CIMB Bank Berhad. Usaha ini berjaya menyelesaikan isu sejarah SIP dan memberikan penjimatan besar terhadap kos faedah, seterusnya menyumbang secara positif kepada pembangunan Sabah,” katanya.

Tidak masuk akal bagi Shafie mendakwa bahawa penstrukturan tiga syarikat tersebut menyerupai 1MDB, sedangkan secara fakta tidak terdapat sebarang penyelewengan atau salah arah melainkan secara keseluruhan urusan ataupun transaksi telus.

Jika Presiden Warisan itu merujuk berkaitan peruntukan untuk pembaikpulihan kemudahan asas atau prasarana kepentingan rakyat, peruntukan itu datangnya daripada dividen yang dimasukkan dalam akaun disatukan dan diagihkan menerusi kementerian atau jabatan kerajaan.

Jika sukuk digunakan secara langsung, bermakna ia sama dengan membunuh angksa bertelur emas.

Sepatutnya sebagai bekas Ketua Menteri dan Menteri Kewangan selain jawatan-jawatan lain, Shafie tidak wajar membuat dakwaan tidak masuk akal seolah-olah tiada pengetahuan langsung.