Maut Dihempap Generator Mudah Alih

Maut Dihempap Generator Mudah Alih

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki berusia 35 tahun maut selepas dihempap generator di tapak pembinaan di Taman Desa, Kuala Lumpur, kira-kira 5 petang kelmarin, Khamis.

Menurut laporan Harian Metro, Penolong Pengarah Operasi Negeri Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Zamani Ismail dipetik berkata, kejadian berlaku ketika mangsa, Jamal Mahammad sedang bekerja di lokasi.

“Kami menerima panggilan kecemasan menyelamatkan mangsa jam 5.24 petang sebelum pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) bergegas ke lokasi.

Sumber Foto; Ihsan BOMBA via Harian Metro

“Sebaik tiba kami mendapati mangsa berada berhampiran generator mudah alih berkenaan dan disahkan meninggal dunia, oleh pegawai perubatan” katanya.

Difahamkan, generator berkenaan berada di atas jentera sebelum ia dipercayai tumbang dan mengenai mangsa.

Zamani berkata, pihak bomba membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit di bawah generator berkenaan.

“Hanya sedikit badan mangsa yang tersepit. Mangsa mungkin terpelanting sejurus dihempap.

“Kes diambil alih oleh pihak polis untuk menjalankan siasatan lanjut,” katanya.