Maut Melanggar Pokok

Maut Melanggar Pokok

0
SHARE
Bomba
Salah seorang mangsa tersepit dikeluarkan dari kenderaan yang terbabas ( Sumber Foto: Ihsan JBPM Sabah )

SANDAKAN, SABAH – Pemandu sebuah Toyota Hilux maut setelah terbabas melanggar sebatang pokok di Batu 5 Jalan Labuk, sini, awal pagi Selasa.

Kedua-dua mangsa dalam kenderaan terbabit tersepit dan dikeluarkan pasukan Bomba dalam kejadian satu pagi itu.

Mangsa dikenal pasti sebagai Raynerd Noell Tan berusia 22 tahun yang disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan di lokasi.

“Seorang lagi dilaporkan mengalami kecederaan parah dan telah dihantar ke hospital menaiki Ambulans untuk mendapatkan rawatan selanjutnya,” kata seorang jurucakap bagi Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah.

Operasi kemudiannya ditamatkan pada jam 1:49 pagi.