MOU TRANSFORMASI VS JAJARAN BAHARU PUAD ZARKASHI

MOU TRANSFORMASI VS JAJARAN BAHARU PUAD ZARKASHI

0
SHARE

KUALA LUMPUR – “Saya mengambil sikap kurang berkomentar kerana berpendapat isu jajaran baharu ini telah selesai dan tidak wajar berpanjangan menekan mana-mana kepimpinan UMNO,” demikian yang memetik kenyataan Abd Jalil Backer.

“Namun sindiran Ahli MT UMNO dilantik, Puad Zarkashi perlu diperbetulkan,” katanya lagi.

Menurut Abd Jalil yang juga Presiden Angkatan Karyawan Nasional (AKAR) memaklumkan bahawa Puad telah menyindir dengan ayat ‘terpadam sudah momokan menolak Anwar Ibrahim dan DAP oleh sesetengah pemimpin UMNO’ ketika beliau mengulas tawaran Transformasi Parlimen dan Pentadbiran Kerajaan yang dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Presiden Angkatan Karyawan Nasional (AKAR), Abd Jalil Backer…

“Adalah sangat melucukan Puad cuba menggaulkan isu mengadakan kerjasama politik dengan Anwar dan DAP selepas pembentukan Kerajaan; dengan mengadakan jajaran baharu dengan PKR dan DAP untuk melantik Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri…

“Ia tidak sama dan saya fikir Puad sangat memahami, Namun beliau memilih untuk menyongsangkan pemikiran sesetengah penyokong UMNO,” ujar Abd Jalil.

Puad Zarkashi…

Memorandum Persefahaman (MoU) yang bakal dibuat antara Kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan (PH) jauh berbeza dengan usaha beberapa fraksi dalam UMNO sejak September 2020 untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan Muhyiddin Yassin dan menaikkan Anwar Ibrahim.

MoU ini hanya menawarkan beberapa pembaharuan politik tanpa campur tangan pembangkang dalam pentadbiran dan penentuan polisi kerajaan.

Ia bertujuan mencari titik persamaan agar kerajaan yang mempunyai majoriti tipis ini dapat menstabilkan politik negara buat seketika.

“Ia juga ditawarkan oleh kerajaan kerana sebahagiannya merupakan aspirasi generasi muda non partisan yang mahu melihat budaya politik lebih sihat dan bersifat kenegaraan…

“Manakala, jajaran baharu kumpulan yang ditentang oleh sebahagian ahli dan penyokong UMNO sebelum ini ialah usaha untuk mengangkat Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri,” jelasnya lagi.

Beliau menjelaskan perkara tersebut berdasarkan surat yang diberikan kepada Seri Paduka Baginda pada tahun lepas yang antara lain menyatakan sokongan dan taat setia UMNO kepada pelantikan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Beberapa akuan berkanun yang ditandatangani oleh beberapa Ahli Parlimen UMNO menyokong Anwar Ibrahim juga dilakukan atas restu dan pengetahuan pemimpin tertentu dalam pengurusan tertinggi UMNO.

“Rakaman perbualan telefon pemimpin utama UMNO dengan Anwar selepas PAU 2020 juga satu lagi bukti jelas kompolot tersebut…

“Kita boleh tidak bersetuju dengan tawaran Transformasi Parlimen dan Pentadbiran Kerajaan yang ditawarkan oleh Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

“Namun menyamakan tawaran ini dengan usaha menaikkan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri adalah seperti menyatakan sungai dan lumpur itu dua perkara yang sama,” tambah Abd Jalil lagi.

Justeru, Abd Jalil mengingatkan kepada Puad bahawa jika tidak boleh memahami manifestasi sebenar “No Anwar dan No DAP” adalah berkaitan usaha melantik Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri, beliau disrankan untuk berhenti sahaja dari menjadi Ahli MT UMNO.