KUALA LUMPUR – Parti Warisan dan Pakatan Harapan (PH) dikecam kerana telah bertindak menggagalkan kelulusan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2020 di Parlimen.
Menurut Gerakan Anti Shafie Apdal (GASA), tindakan ahli Parlimen Parti Warisan yang turut mengundi untuk menolak kelulusan rang undang-undang tersebut adalah jelas satu PENGKHIANATAN kepada kebajikan rakyat khususnya di Sabah.
Menurut GASA, RUU bajet tambahan kerajaan Perikatan Nasional (PN) ini adalah peruntukan untuk melawan krisis ekonomi akibat penularan wabak COVID-19 yang mana akan memberikan manfaat secara langsung kepada kebajikan rakyat Malaysia termasuklah di Sabah.
Dewan Rakyat (kelmarin) telah meluluskan undian dengan belah bahagi RUU yang bertujuan mengadakan peruntukan semula Kumpulan Wang Disatukan sejumlah wang yang tidak melebihi RM7,184,083,200 dengan undian sebanyak 111 undi MENYOKONG manakala 106 lagi MP MENOLAK. Seramai 106 Ahli Parlimen TIDAK MENYOKONG dan lima (5) Ahli Parlimen TIDAK HADIR.
RUU ini dibentang berikutan penyusunan semula beberapa kementerian, penubuhan beberapa kementerian baharu dan pembubaran satu kementerian selaras dengan pembentukan kabinet baharu pada 10 Mac 2020.
GASA dalam satu kenyataan yang dihantar kepada sabahnews.com.my turut berkata, Ahli Parlimen Parti Warisan Sabah termasuk PH yang berada di Parlimen (kelmarin) sepatutnya mengundi usul tersebut dan bukannya menolak.
“Rakyat Sabah seharusnya membuka mata mereka seluas-luasnya, lihatlah perangai sebenar wakil rakyat Warisan termasuk PH (Pakatan Harapan) mereka sanggup menolak RUU tersebut, cuba bayangkan apa akan berlaku jika RUU tersebut gagal diluluskan di Parlimen, sudah tentu kementerian yang sepatutnya ditugaskan secara khusus untuk membantu rakyat menghadapi krisis ekonomi akibat wabak COVID-19 ini akan gagal menunaikan tanggungjawab tersebut.”
“Shafie Apdal, Ahli Parlimen Parti Warisan Sabah termasuk PKR, DAP dan UPKO sepatutnya menghargai usaha yang telah dilakukan oleh Kerajaan Perikatan Nasional (PN) di bawah pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yaasin.”

“Jasa Perdana Menteri menghulurkan bantuan kewangan sebanyak RM1,600 kepada seluruh rakyat Malaysia, golongan belia berumur 21 ke atas berjumlah RM800 malahan mereka yang ada lesen berniaga diberikan pula wang sehingga RM3,000 dan ini sedikit sebanyak dapat membantu rakyat menharungi situasi yang cukup sukar semasa PKP dikuatkuasakan.
“Tindakan bijak memberikan penangguhan bulanan bayaran ansuran kereta dan pinjaman lainnya sehingga enam bulan juga amat membantu rakyat.
“Harus diingat kalau rakyat hanya mengharapkan bantuan yang telah diumumkan oleh Shafie Apdal untuk membantu rakyat Sabah semasa PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dikuatkuasakan tempoh hari, alamatnya rakyat Sabah akan berhadapan dengan krisis kemanusiaan yang begitu teruk,” kata GASA.
GASA berkata lagi sepanjang Shafie mengetuai pentadbiran negeri Sabah hanya KEGAGALAN yang dapat disajikan kepada rakyat Sabah, “bantuan makanan bernilai RM100 yang diumumkan oleh Warisan yang sampai kepada rakyat hanya tinggal RM50, itu pun hanya sebahagian kecil sahaja yang menerimanya.”

“Bantuan wang tunai berjumlah RM300 yang diumumkan oleh Shafie kepada rakyat Sabah juga gagal disalurkan.”
“Kadar KDNK jatuh merudum, pengangguran di Sabah semakin tenat apabila jumlah pengangguran melebihi seratus ribu orang dicatatkan ketika ini, pelabur luar negara gagal dibawa masuk ke Sabah, kes bom ikan oleh PATI semakin meningkat, puluhan rumah setinggan yang kebanyakannya dihuni oleh PTI terbakar dan banyak lagi kegagalan hasil kerja tangan Shafie.”

“Justeru tindakan belasan orang wakil rakyat Warisan, PKR dan DAP untuk berpaling tadah daripada menyokong Shafie dilihat sangat tepat dan membantu rakyat Sabah berhadapan dengan situasi yang lebih buruk untuk tempoh beberapa tahun yang akan datang ini,” tambah GASA.