MPS Tutup Rumah Sembelihan Kepada Penternak Babi Tidak Berlesen Untuk Elak ASF

MPS Tutup Rumah Sembelihan Kepada Penternak Babi Tidak Berlesen Untuk Elak ASF

0
SHARE

SIBU, SARAWAK – Majlis Perbandaran Sibu (MPS) akan menutup sementara rumah sembelihannya di Jalan Ding Lik Kong kepada ladang babi tidak berlesen bermula 19 Jan, berikutan kejadian Demam Babi Afrika (ASF) di Sibu.

Pengerusi MPS Clanrence Ting Ing Horh yang dipetik Bernama berkata keputusan itu dibuat ketika mesyuarat jawatankuasa kesihatan awam hari ini, bagi membincangkan syor oleh Jabatan Veterinar supaya rumah sembelihan MPS untuk tidak menerima babi daripda ladang tidak berlesen.

“Selepas membincangkannya, kami memutuskan untuk memberhentikan sementara penerimaan babi daripada ladang yang tidak berlesen bermula Rabu, 19 Jan…

Pada ketika ini di rumah sembelihan MPS, 20 daripada 100 ekor babi yang proses merupakan daripada ladang yang tidak berlesen,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau berkata MPS akan meminta bantuan jabatan berkenaan bagi memeriksa ladang babi tidak berlesen, bagi memastikan status kesihatan babi-babi terbabit dan mereka komited dalam memastikan babi yang diproses dirumah sembelihan adalah selamat untuk dimakan.

Majlis itu juga meminta kerjasama orang ramai yang terlibat, kerana hanya menerusi kawalan yang betul penyakit ASF itu akan dapat dibendung daripada merosakkan industri penternakan babi di Sibu.