Mustapha Sedia Bertemu Rakyat Bantu Selesaikan Masalah

Mustapha Sedia Bertemu Rakyat Bantu Selesaikan Masalah

0
SHARE
Mustapha
Mustapha (enam kanan) bersama Ronnie (enam kiri) dan beberapa pemohon bantuan Sepanggar ( Sumber Foto: Ihsan Pejabat Ahli Parlimen Sepanggar )

KOTA KINABALU, SABAH – Seramai tujuh penduduk berjaya bertemu dengan Ahli Parlimen Sepanggar Mustapha Sakmud dalam usaha meminta bantuan memohon warganegara Malaysia.

Naib Presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) Sabah Datuk Ronnie Loh Ee Eng berkata, baru-baru ini beliau membawa beberapa penduduk di sini berjumpa dengan Mustapha untuk tujuan memohon bantuan.

“Walaupun beliau sibuk dengan kerja sebagai Ahli Parlimen dan Timbalan Menteri Sumber Manusia, beliau masih berkesempatan untuk bertemu rakyat dan mendengar permasalahan yang dihadapi mereka.

“Inilah pemimpin berjiwa rakyat yang sanggup meluangkan masa bersama penduduk.

“Setelah meneliti semua dokumen, beliau menerima permohonan berkenaan dengan disertakan surat sokongan untuk melancarkan permohonan para pemohon,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Ronnie berkata, kesemua permohonan berkenaan kemudian akan diserahkan kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Katanya, mereka yang hadir ke Pusat Khidmat Rakyat Sepanggar, di tingkat Tingkat 2, Suria Inanam Commercial Centre, Jalan Tuaran Bypass diminta bersabar menunggu.

Antara mereka yang datang memohon bantuan berkenaan ialah Voo Khui Kiun, Goh Shi Tao, Goh Chiou Li, Redzuan Dandan, Ling Xin Yee, Ng Chuan Cheat dan Kingston Wong Ji Shen. Kesemua mereka berasal dari Kota Belud, Kota Kinabalu dan Sepanggar.