Mutiara GRS Raikan Kanak-kanak Sekolah Sempena Tahun Baru Cina

Mutiara GRS Raikan Kanak-kanak Sekolah Sempena Tahun Baru Cina

0
SHARE
Datuk Seri Juliah Salag (tengah) bergambar kenangan bersama 50 kanak-kanak yang diraikan dalam Sambutan Tahun Baru Cina 2025 di Luyang pada Selasa...

KOTA KINABALU: Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat, Gabungan Rakyat Sabah (Mutiara GRS) meraikan 50 orang kanak-kanak sempena program Sambutan Tahun Baru Cina 2025 pertubuhan itu di Putera Ballroom, Luyang pada Selasa.

Isteri Ketua Menteri, Datuk Seri Juliah Salag yang juga Yang Di-Pertua Mutiara GRS menyampaikan “goodie bags” dan Angpow kepada kanak-kanak dari 5 buah sekolah di sekitar Kota Kinabalu.

Juliah berkata, program tahunan Mutiara GRS itu bertujuan menyantuni kanak-kanak terpilih dari 5 buah sekolah rendah dan menengah sekitar Kota Kinabalu.

Katanya, sekolah-sekolah itu ialah Sekolah Tinggi Kota Kinabalu, St. Francis Convent, Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Shan Tao, Chung Hwa Kota Kinabalu dan Sekolah Kebangsaan Jenis Cina Anglo Chinese.

“Menerusi program sambutan ini, kita berharap dapat mengeratkan hubungan silaturahim dan perpaduan, selain membawa keceriaan dan kemeriahan sambutan Tahun Baru Cina kepada kanak-kanak ini.

“Mutiara GRS telah merancang beberapa program yang akan dilaksanakan tahun ini termasuk program menyantuni rakyat dan golongan wanita di kawasan Dewan Undangan Negeri terpilih”, katanya.

Selain jamuan makan, kanak-kanak itu turut dihiburkan dengan persembahan Tarian Singa, permainan kanak-kanak dan persembahan silap mata.

Turut hadir ialah Naib Yang Di-Pertua I Mutiara GRS, Datin Seri Panglima Cecilia E.Kitingan, Naib Yang Di-Pertua III/Setiausaha Kehormat, Datin Dg. Siti Noor Hayyat Ag Mohd.Saufi, Pengerusi Pelaksana Sambutan Tahun Baru Cina Mutiara GRS, Datin Seri Panglima Stella Yong dan ahli-ahli pertubuhan itu.