OPR Mungkin Naik Lagi

OPR Mungkin Naik Lagi

0
SHARE

PETALING JAYA – Keputusan kenaikan dasar semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas mungkin akan diumumkan oleh Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia selepas bermesyuarat pada Rabu dan Khamis ini, kata penganalisis ekonomi.

Perkara ini akan meningkatkan OPR daripada 2.25 peratus kepada 2.5 peratus dan kali terakhir OPR dinaikkan ialah pada 6 Julai lalu…

Pensyarah Kanan Putra Business School (PBS), Prof. Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff berpandangan, bahawaterdapat keperluan untuk menaikkan OPR setelah mengambil kira kadar inflasi yang tinggi, iaitu pada paras 4.4 peratus pada Julai 2022.

“Sebelum ini pun BNM pernah menaikkan OPR sebanyak tiga kali berturut-turut iaitu pada Mei, Julai dan Ogos 2010, masing-masing kenaikan sebanyak 25 mata asas.

“Ini berlaku selepas krisis ekonomi global yang berpunca daripada krisis gadai janji subprima di Amerika Syarikat (AS) dan saya percaya hal sama akan berulang,” katanya ketika dihubungi.

BNM telah menaikkan OPR sebanyak 50 mata asas tahun ini selepas OPR diturunkan kepada kadar terendah pada 1.75 peratus disebabkan pandemik.-