KUALA LUMPUR – Kebanyakkan masyarakat Tionghua lebih pilih untuk menghabiskan duit untuk makanan, melancong dan menimba pengalaman hidup berbanding menghias atau membuat ubahsuai (renovation) rumah.
Bagi mereka, mereka tidak sanggup untuk menghabiskan duit semata-mata ingin rumah nampak mewah.
Menerusi satu hantaran Facebook milik Adam Kelvin, dia berkata masyarakat Cina lebih suka hiasan yang minimum asalkan ia berfungsi dengan baik.
Jika perlu buat ubahsuai rumah, masyarakat ini hanya akan membuat ubahsuai penting sahaja seperti buat ‘table top’ dan kabinet dapur atau pun membesarkan (extend) ruangan dapur.
“Dari segi perabot pula, kami tak spend terlalu banyak untuk impress tetamu. Asalkan sofa tu berkualiti dan kemas, dah okaylah. Tak perlu nak nampak mewah ke apa.
“Meja makan pun simple. Tak ada deko bunga berat-berat atau hiasan atas meja sampai nak runtuh meja makan tu…
“Yang penting fungsi meja makan tu saja. Langsir pun sama. Tak ada nak beli ropol-ropol nampak mewah tu. Just simple dan senang nak basuh. Senang nak maintain. Hiasan dalaman pun sama,” katanya.
Tambahnya, masyarakat Cina juga hanya pentingkan cat berkualiti dan memastikan rumah nampak kemas serta bersih.
“Hiasan lampu pun sama Jarang sangat yang pasang chandelier yang besar-besar. Kat siling pun jarang ada ukiran ke apa. Selalunya kosong saja…
“Ini yang buatkan saya pelik bila melihat kawan-kawan isteri yang beli rumah tapi tak duduk lagi sebab nak kumpul duit design dan ‘renovate’ rumah. Nak nampak mewah rumah tu.
“Banyak rugi. Sebabnya nak kena bayar sewa kat luar, pada masa yang sama kena bayar kepada bank duit rumah baru yang tak diduduki.
“Selalunya kami takkan renovate rumah sekali semua. Buat sikit-sikit. Untuk permulaan buat asas dulu. Buat table top ke, kabinet dapur ke atau extend dapur sikit,” katanya.
Tambahnya, masyarakat Cina lebih suka habiskan duit untuk pendidikan, melancong dan nikmati makanan yang sedap dan berkualiti.
“Prinsip orang Cina lain sikit. Mahal sikit tak apa. Asalkan sedap dan berkualiti. Memang kami banyak habiskan duit untuk makanan
“Kemudian, masyarakat kami banyak habiskan duit untuk melancong untuk tambah pengalaman hidup,” ujarnya.