Palauh Pengebom Ikan Ditahan Maritim di Perairan Kunak

Palauh Pengebom Ikan Ditahan Maritim di Perairan Kunak

0
SHARE

LAHAD DATU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Lahad Datu menahan sebuah pam bot yang disyaki menangkap ikan menggunakan bahan letupan di perairan Kunak, semalam.

Komander Maritim Dzulfikhar Ali berkata penahanan dibuat sekitar 1.15 pagi, kira-kira 1 batu nautika timur laut Kunak.

“Vesel itu dikendalikan dua kru lelaki suku Palauh berusia 18 hingga 23 tahun yang gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri. Pemeriksaan turut menemui 15 kilogram ikan serta peralatan menyelam termasuk hos udara,” katanya.

Beliau menegaskan penangkapan ikan menggunakan bahan letupan adalah kesalahan serius di bawah Akta Perikanan 1985 kerana boleh memusnahkan terumbu karang dan menjejaskan sumber perikanan.

Kesemua kru, vesel dan hasil tangkapan dibawa ke Jeti Zon Maritim Lahad Datu untuk siasatan lanjut.