Para Peniaga Di Sabah Perlu Tingkatkan Pelbagai Kemahiran, Adaptasi Media Sosial –...

Para Peniaga Di Sabah Perlu Tingkatkan Pelbagai Kemahiran, Adaptasi Media Sosial – Shahelmey

0
SHARE

PUTATAN, SABAH – Para peniaga perlu meningkatkan kemahiran dengan mempelbagaikan kemahiran (skill) sedia ada, ini termasuklah menghadiri pentauliahan kursus dan mengadaptasikan media sosial untuk meningkatkan kemahiran masing-masing.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Ir. Shahelmey Yahya berkata mendapatkan ilmu dan sijil bagi meningkatkan lagi kemahiran ataupun pengetahuan masing-masing terutama dalam bidang penyediaan makanan.

“Daripada pengalaman kita sewaktu tempoh pandemik COVID-19 ramai yang terkesan dari segi ekonomi dan kerjaya, banyak memaksa kita untuk berfikir mencari inisiatif proaktif berkerja daripada rumah, belajar daripada rumah, berniaga daripada rumah…

“Hikmah disebalik pandemik COVID-19 adalah bertumbuhnya dengan begitu banyak sekali perniagaan dari rumah khususnya industri makanan,” katanya.

Shahelmey memberikan sijil penyertaan kepada peserta yang mengikuti kursus pengendali makanan anjuran FB Training Academy di Putatan, hari ini (Ahad)…

Shahelmey yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri N.24 Tanjung Keramat berkata demikian ketika merasmikan kursus pengendali makanan anjuran FB Training Academy di Putatan, hari ini.

Turut hadir dalam acara tersebut ialah Pemimpin Pembangunan Masyarakat N24 Tanjung Keramat; Sufian Matin, Ahli lembaga pengarah FB Group Company; Haji Bakrin bin Haji Yusop, Pengarah Urusan FB Training Academy; Fazree bin Haji Bakrin dan Pengurus Akademik FB School of Lifelong Learning Academy; Fazillah binti Hj Bakrin.