PEMIMPIN PARTI WARISAN SABAH HENTIKANLAH CUBAAN BODOHKAN RAKYAT ISU TANAH DI SABAH

PEMIMPIN PARTI WARISAN SABAH HENTIKANLAH CUBAAN BODOHKAN RAKYAT ISU TANAH DI SABAH

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Pemimpin Parti Warisan Sabah dilihat secara berterusan cuba untuk memanipulasi pemberian geran tanah kepada Kementerian Persekutuan yang telah menjalankan operasinya sejak sekian lama di Sabah.

Selepas ditolak oleh rakyat Sabah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16 yang lalu disusuli pula dengan kecemerlangan pentadbiran Ketua Menteri Sabah serta Menteri Kabinet lainnya, pimpinan Warisan kini dilihat begitu terdesak MEMFITNAH bagi meraih kembali sokongan rakyat yang jelas telah menolak Parti Warisan.

Umum mengetahui salah satu syarat utama yang telah termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia iaitu untuk membangunkan kemudahan infrastruktur Kementerian Persekutuan di semua negeri di Malaysia penyerahan geran tanah mengikut kementerian akan diberikan terlebih dahulu sebelum pembangunan dimulakan.

Malahan bukan itu sahaja, tapak bangunan kedutaan Malaysia yang dibina diseluruh dunia yang menempatkan Duta serta kakitangan Malaysia, geran tanah tapak bangunan juga adalah hak milik penuh Kerajaan Malaysia.

Contoh pembangunan infrastruktur di peringkat persekutuan yang lazim diketahui umum yang telah dibangunkan sejak sekian lama di Sabah bagi manfaat secara langsung kepada rakyat Sabah adalah hospital, sekolah, balai polis, bomba dan sebagainya.

Ini bermakna, kesemua kos pembinaan dan penyelenggaraan bangunan termasuk gaji kakitangan akan dibayar sepenuhnya oleh Kerajaan Persekutuan.

Pemberian geran tanah kepada pihak Kementerian Persekutuan oleh Kerajaan Negeri pula dilihat hanya sebagai salah satu syarat yang telah termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan,
walau bagaimanapun hampir kesemua Ketua-Ketua Jabatan di peringkat Kementerian Persekutuan yang bertapak di Sabah telah disandang oleh anak-anak Sabah sendiri.

Program ini telah diamalkan sejak sekian lama oleh pentadbiran kerajaan negeri Sabah yang terdahulu.

Mutakhir ini, tindakan beberapa orang pemimpin-pemimpin Parti Warisan Sabah contohnya Azis Jamman yang cuba memutar belit isu ini jelas menunjukkan pimpinan Warisan telah kehabisan modal untuk menyerang Kerajaan Negeri Sabah malahan tindakan ini dilihat cuba MEMPERBODOHKAN rakyat Sabah.

Azis Jamman…

Tindakan pimpinan Parti Warisan membandingkan usaha mereka memberikan geran tanah hampir 10 ribu ekar kepada rakyat Sabah sebelum ini juga adalah jelas satu PENIPUAN FAKTA.

FAKTA yang sebenarnya pemberian geran tanah kepada sebilangan besar rakyat Sabah sebelum ini adalah atas inisiatif Tan Sri Musa Aman selaku Ketua Menteri Sabah yang terdahulu.

Pewujudan program PANTAS atas inisiatif Tan Sri Musa Aman telah menyelesaikan masalah geran tanah penduduk asal Sabah sejak sekian lama malangnya pimpinan Parti Warisan mengaku ini adalah atas inisiatif mereka…(Sumber foto ihsan BH Online)

Pewujudan Program Perkhidmatan Tanah Adat Negeri Sabah (PANTAS) yang dilaksanakan sejak 2011 yang lalu secara jelas telah berjaya menyelesaikan kerja pengukuran tanah hak adat anak negeri (NCR) seluas 36,137 hektar sehingga akhir tahun 2017.

Tan Sri Musa Aman pada Mac 2018 turut berkesempatan menyerahkan sendiri geran tanah kepada ribuan penerima yang layak di daerah Kiulu dan beberapa daerah lagi di Sabah.

Musa Aman menyerahkan geran tanah kepada penduduk di Kudat…

Foto Tan Sri Musa Aman sendiri telah menyerahkan geran berstatus NT kepada seribu (1,000) orang penduduk asal di empat (4) buah perkampungan di Kiulu dan turut disaksikan oleh Madius Tangau dan Joniston Bangkuai (ADUN Kiulu) pada 6 Mac 2018 yang lalu…

Kemudian selepas Parti Warisan mengambil alih kerajaan negeri Sabah melalui jalan ‘pintu belakang’ pada Mei 2018, Shafie telah menyambung mengagihkan pemberian geran tanah tersebut kepada penduduk Sabah yang layak.

Malangnya tanpa rasa malu pimpinan Parti Warisan telah mengaku kononnya pemberian geran tanah kepada rakyat Sabah sebelum ini adalah atas inisiatif Parti Warisan Sabah.

Dalam pada itu, Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tawau, Datuk Nizam Datuk Abu Bakar Titingan turut menasihati Ketua Wira Warisan yang juga Ahli Parlimen Sepanggar, Azis Jamman agar tidak mengelirukan rakyat Sabah.

Datuk Nizam Abu Bakar Titingan…

Nizam yang juga Pembantu Menteri Kewangan negeri Sabah berkata; “pemberian tanah kerajaan negeri kepada agensi Persekutuan di Sabah pada 18 Februari 2021 yang lalu sebenarnya sudah dibangunkan dengan pelbagai kemudahan asas seperti sekolah, hospital, klinik dan balai polis, tetapi sebaliknya Azis Jamman cuba memutar belitkan fakta berkenaan.”

“Azis secara sengaja cuba mempolitikkan isu itu untuk mengelirukan rakyat…

“Mengenai kenyataan Azis yang mengatakan kerajaan Warisan pada masa lalu yang menyerahkan geran tanah adat (Native Land Title) kepada kepada orang kampung sebanyak 10,000 ekar sejak tahun 2019-2020, ia adalah sama dengan perumpamaan seperti ‘LEMBU PUNYA SUSU, SAPI DAPAT NAMA.”

“Faktanya ialah tanah-tanah itu telah diukur dan sudah diberi kelulusan oleh kerajaan terdahulu sebelum ini dan Azis tahu proses itu mengambil masa panjang, justeru geran itu hanya boleh dikeluarkan sekitar tahun 2018 hingga 2020…

“Amat memalukan lagi apabila Azis dan kerajaan Warisan secara terang mengaku bahawa pemberian geran tanah kepada rakyat Sabah sebelum ini adalah atas usaha mereka,” Nizam berkata lagi.