Pencerobohan, Serangan Israel Ke Atas Palestin Tidak Berperikemanusiaan Dan Mencabuli Hak Rakyat...

Pencerobohan, Serangan Israel Ke Atas Palestin Tidak Berperikemanusiaan Dan Mencabuli Hak Rakyat – Dr Salleh

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Pecerobohan dan serangan tentera Israel ke atas Palestin bukan sahaja tidak berperikemanusiaan malah mecabuli hak rakyat mereka dengan pengorbanan banyak nyawa tidak bersalah kata Datuk Seri Dr Mohd Salleh Said Keruak.

ADUN Usukan itu berkata ini bukanlah kali pertama Israel bertindak sedemikian, sebaliknya kekejaman dan jenayah antarabangsa yang telah dilakukan keatas rakyat palestin telah berpanjangan sehingga berdekad lamanya.

Konflik ini sukar diselesaikan kerana terdapat pertikaian kawasan wilayah bagi Israel dan isu kedaulatan negara Palestin yang dihalau dari tanah mereka sendiri.

“Syawal yang sepatutnya disambut dalam suasana gembira bertukar menjadi detik paling menyedihkan buat penduduk Palestin berikutan serangan tanpa perikemanusiaan rejim Zionis Israel ke atas umat Islam khususnya di Masjid Al-Aqsa…

“Saya menyeru semua pihak dalam Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Liga Arab, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan seluruh dunia Islam serta badan antarabangsa yang lain perlu mengambil tindakan tegas dan bertindak menghentikan kekejaman yang dilakukan oleh rejim Zionis Israel ini,” katanya.

Media antarabangsa melaporkan sekurang-kurangnya 132 individu telah maut di Gaza sejak Isnin termasuk 32 kanak-kanak dan 21 wanita. Sejumlah 950 orang lagi cedera akibat serangan udara tentera Israel.

Salleh juga menyeru seluruh umat Islam khususnya di Malaysia, bermunajat kepada Allah SWT untuk kesejahteraan umat Islam di sana dan bersama-sama meneruskan bantahan sebagai tanda solidariti.

“Isu Palestin adalah melangkaui isu umat Islam dan ini merupakan isu kemanusiaan sejagat yang perlu diberi perhatian dunia. Kesengsaraan dan penderitaan umat Islam di bumi Palestin perlu dihentikan,” tambahnya.