Peningkatan 5 Kes Baharu COVID-19 Di Sabah Hari Ini

Peningkatan 5 Kes Baharu COVID-19 Di Sabah Hari Ini

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Angka jangkitan baharu hari ini ialah 48 kes, iaitu pertambahan 5 kes berbanding kelmarin.

Jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, Kota Kinabalu terus mencatatkan jangkitan dua angka dengan 23 kes baharu (+3).

“Penampang (7 kes) dan Tuaran (5 kes) juga mencatat pertambahan. Sandakan yang ‘bersih’ daripada jangkitan kelmarin mencatatkan enam (6) kes baharu hari ini…

“Tidak ada jangkitan baharu dilaporkan di 17 daerah (18 daerah semalam) dalam tempoh 24 jam yang lalu dan 9 daerah mencatatkan jangkitan baharu satu angka.

“Lima (5) daripada 9 daerah tersebut hanya mencatat satu jangkitan baharu,” katanya dalam rumusan harian kes.

Terdapat masing-masing satu (1) kes dalam Kategori 4 dan 5 hari ini.

Dalam pada itu, Masidi turut mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat menyambut Hari Guru kepada semua warga pendidik di Sabah.

“Terima kasih Cikgu,” beliau berkata.

Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (16 Mei 2022) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):

Kota Kinabalu 23 (20)
Penampang 7 (6)
Sandakan 6 (0)
Tuaran 5 (1)
Papar 2 (3)
Kalabakan 1 (0)
Putatan 1 (6)
Ranau 1 (2)
Semporna 1 (0)
Tenom 1 (2)
Beaufort 0 (0)
Beluran 0 (0)
Keningau 0 (0)
Kinabatangan 0 (0)
Kota Belud 0 (1)
Kota Marudu 0 (0)
Kuala Penyu 0 (0)
Kudat 0 (0)
Kunak 0 (0)
Lahad Datu 0 (0)
Nabawan 0 (0)
Pitas 0 (0)
Sipitang 0 (0)
Tambunan 0 (0)
Tawau 0 (2)
Telupid 0 (0)
Tongod 0 (0)