KOTA BELUD, SABAH – Seorang lelaki cedera parah selepas motosikal yang ditungganginya terjunam dalam gaung sedalam 15 kaki.
Mangsa dalam insiden 8.50 pagi tadi hanya dikenali sebagai Josh yang dipercayai hilang kawalan berhampiran Kampung Mandap sini…
Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah melaporkan beliau telah dibawa naik oleh sepasukan tujuh dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Belud.
“Mangsa telah diberikan rawatan awal oleh Pasukan EMRS kemudian dihantar ke hospital oleh pihak ambulan.
“Operasi ditamatkan pada jam 9.32 pagi,” katanya.