Perkhidmatan Aplikasi WhatsApp Tergendala Di Seluruh Dunia

Perkhidmatan Aplikasi WhatsApp Tergendala Di Seluruh Dunia

0
SHARE

KUALA LUMPUR: Aplikasi mesej popular para netizen di seluruh dunia iaitu WhatsApp tidak berfungsi sejak 12.30 tengah hari ini.

Perkara ini telah menyebabkan para pengguna tidak dapat menghantar mesej ke mana-mana pengguna lain dan juga ‘Group WhatsApp’.

Ramai pengguna WhatsApp melaporkan menghadapi masalah yang sama di seluruh dunia.  

Difahamkan, insiden tersebut bukan sahaja menjejaskan pengguna telefon pintar malah WhatsApp web dan aplikasi desktop WhatsApp juga tidak berfungsi.  

Ramai pengguna mendakwa bahawa mereka menghidupkan dan mematikan Mod Pesawat pada telefon pintar mereka dan juga mematikan dan menghidupkan perkhidmatan data mereka untuk melihat sama ada terdapat sebarang masalah dengan rangkaian telefon pintar mereka.

Meta, syarikat induk WhatsApp dan Facebook, berkata bahawa mereka sedang berusaha untuk menyelesaikan masalah itu.

“Kami sedar bahawa sesetengah orang kini menghadapi masalah menghantar mesej dan kami sedang berusaha untuk memulihkan WhatsApp untuk semua orang secepat mungkin,” kata Jurucakap Meta.

Bagaimanapun, pada jam 4.55pm, perkhidmatan aplikasi tersebut akhirnya pulih sepenuhnya.