BEAUFORT, SABAH – Seorang pesakit strok yang terperangkap dalam rumahnya akibat banjir menerima bantuan daripada pihak Bomba.
Bantuan kemanusiaan itu bermula setelah mendapat panggilan kecemasan dari Kampung Luagan sini pada jam 8.20 pagi tadi.
Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah melaporkan mangsa merupakan seorang wanita berumur 34 tahun.
Katanya, pesakit terbabit perlu dibawa ke Hospital untuk mendapatkan rawatan susulan dan dibawa semula ke rumah kediaman mangsa setelah selesai rawatan.
“Pasukan Bomba ke lokasi dan bertindak mengangkat mangsa menggunakan lori disebabkan kawasan kediaman masih terjejas banjir,” katanya dalam kenyataan.
Operasi kemudian tamat pada jam 3.58 petang.