PGDK Jadi Suntikan Semangat Abu Bakar Terus Berkhidmat

PGDK Jadi Suntikan Semangat Abu Bakar Terus Berkhidmat

0
SHARE

KINABATANGAN: Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) Lamag, Datuk Abu Bakar Gapar, menganggap penganugerahan Pingat Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) sebagai amanah besar untuk terus berkhidmat kepada rakyat.

Beliau menegaskan gelaran Datuk bukan pengiktirafan peribadi semata-mata, tetapi penghargaan kepada seluruh warga Lamag yang memberi sokongan.

“Ia menjadi suntikan semangat untuk terus berkhidmat dengan amanah, dedikasi dan integriti,” katanya pada Majlis Kesyukuran dan Doa Selamat di Pejabat PGRS Lamag, Bukit Garam.

Abu Bakar turut menghargai perkenan Yang di-Pertua Negeri Sabah dan sokongan kerajaan negeri, serta mengakui kepimpinan bahagian dan akar umbi sebagai kekuatan utama untuk menerajui perjuangan parti.

Beliau menyeru perpaduan dan silaturahim terus diperkukuh walaupun berbeza fahaman politik demi kesejahteraan bersama.