PM Hadir Majlis Mahabbah Ulama

PM Hadir Majlis Mahabbah Ulama

0
SHARE
Anwar Ibrahim
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahin hadir Majlis Mahabbah Ulama di Kompleks Seri Perdana Putrajaya (Sumber Foto: Laman media sosial Facebook Perdana Menteri)

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Majlis Mahabbah Ulama yang diadakan bertempat Kompleks Seri Perdana, semalam.

Anwar berkata rakyat Malaysia berpeluang mendapat manfaat kerohanian daripada Majlis Mahabbah Ulama yang disampaikan dua ilmuwan tersohor yang juga pimpinan Umum Markaz al-Jailani, Istanbul.

“Majlis kali ini menghirup manfaat kerohanian, Tausiyah Diniah yang disampaikan oleh dua orang ilmuwan tersohor, Prof Dr Habib Abdul Hamid Al-Mahdali dan Prof Dr Mehmet Fadil Ceylani (Jailani), iaitu pimpinan Umum Markaz al-Jailani, Istanbul.

“Saya berdoa dan berharap agar penganjuran majlis Mahabbah Ulama dan Majlis Ilmu di Kompleks Seri Perdana akan diberkati Allah SWT dan akan berterusan hendaknya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu pautan yang dimuat naik dalam Facebook rasminya, semalam.

Anwar Ibrahim
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahin hadir Majlis Mahabbah Ulama di Kompleks Seri Perdana Putrajaya (Sumber Foto: Laman media sosial Facebook Perdana Menteri)

Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar; Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Luqman Abdullah; dan Timbalan Ketua Pengarah (Dasar), Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM), Datuk Dr Sirajuddin Siraj.

Majlis yang diserikan dengan kehadiran rombongan Markaz al-Jailani Asia Tenggara yang berpusat di Jakarta itu turut dihadiri bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Mujahid Yusoff serta bekas Menteri Luar yang juga veteran politik, Tan Sri Syed Hamid Syed Jaafar Albar.