Polis Dedahkan Anggota Kumpulan Abu Sayyaf Yang Mati Ditembak Rancang Lakukan Penculikan

Polis Dedahkan Anggota Kumpulan Abu Sayyaf Yang Mati Ditembak Rancang Lakukan Penculikan

0
SHARE
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali berkata usaha mengesan saki-baki ahli kumpulan Abu Sayyaf yang melarikan diri selepas terbabit dalam kejadian berbalas tembakan pagi tadi masih giat dijalankan...(Sumber Foto: Bernama)

KOTA KINABALU, SABAH – Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali  dalam satu kenyataan hari ini mendedahkan DUA (2) anggota kumpulan Abu Sayyaf (ASG) yang ditembak mati awal pagi tadi di Pulau Timbang, Sandakan, merancang untuk melakukan penculikan.

Memetik sumber portal berita FMT, beliau berkata bahawa siasatan awal mendapati seorang daripada individu yang ditembak mati itu adalah perancang utama kegiatan penculikan dan semua mereka merancang untuk melakukan penculikan terhadap pemilik ladang kelapa sawit di kawasan pulau berkenaan.

Menurutnya lagi, pasukan keselamatan kemudian berjaya menembak mati dua lelaki disyaki anggota kumpulan Abu Sayyaf dalam insiden berbalas tembakan dengan pasukan keselamatan yang menjalankan Operasi Khas di kawasan tersebut.

“Polis berjaya merampas senjata api digunakan kedua-dua suspek di lokasi kejadian dan menahan 25 lelaki di kawasan sama…

“Hasil pemeriksaan lanjut, tujuh daripada 11 lelaki warga Filipina yang ditahan dikenal pasti adalah ahli Abu Sayyaf, manakala lapan daripada 14 lelaki warga Indonesia dibebaskan selepas majikan mereka menunjukkan dokumen dan permit kerja,” katanya yang dipetik laporan Harian Metro.

Hazani berkata, dalam serbuan itu pihaknya percaya beberapa lelaki berjaya melarikan diri dan usaha mengesan mereka giat dijalankan.

“Hasil maklumat diperoleh, polis dan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) melancarkan operasi di kawasan perumahan pekerja Ladang Borhill,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan DUA (2) lelaki disyaki anggota kumpulan Abu Sayyaf (ASG) mati ditembak oleh pasukan keselamatan negeri ini dalam satu kejadian berbalas tembakan di Pulau Timbang, Sandakan, awal pagi tadi