Program ‘Sabah My Second Home’ Memacu Ekonomi Sabah

Program ‘Sabah My Second Home’ Memacu Ekonomi Sabah

0
SHARE
Ruslan ketika menyampaikan hadiah kepada pemenang Karnival Sukan DHRM 2.0

BEAUFORT: Pembukaan Program Sabah-Malaysia Rumah Kedua Ku (SBH MM2H) dapat membantu melonjakkan ekonomi di Sabah.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Ruslan Muharam berkata, sebelum ini beliau pernah mengeluarkan di mana Sarawak mendahului program itu manakala Sabah belum mengambil langkah sama.

“Hasil daripada kenyataan kita sebelum ini, maka pihak kerajaan telah pun mengambil langkah dan akan membuka program SBH MM2H pada tahun hadapan.

“Ini adalah satu harapan kita supaya pelancong-pelancong dari luar negara dapat datang kemari untuk memilih Rumah Kedua Ku untuk bercuti dan ini sudah tentu dapat melonjakkan ekonomi negeri Sabah.

“Peniaga-peniaga kita juga akan mendapat limpahan daripada pembukaan program ini yang mana akan diumumkan pada bulan hadapan,” katanya ketika ditemui media selepas merasmikan Karnival Sukan DHRM Tahun 2024, di sini, hari ini.

Sementara itu, Ruslan yang juga Ahli Dewan Undangan (ADUN) Lumadan berkata, beliau yakin dengan pelonggaran syarat kepada pelancong akan dapat membantu mengurangkan beban kepada mereka yang datang untuk melabur di sini.

“Sebelum ini, mereka mempunyai syarat yang sangat tinggi atau sangat berat untuk diterima, tapi apabila Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menekankan kepada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat-syarikat lain supaya mengurangkan syarat itu.

“Kerana mereka datang kemari adalah untuk memberi limpahan ekonomi Negeri Sabah itu sendiri dan rakyat pada keseluruhannya,” katanya.

Terdahulu media melaporkan Kerajaan Negeri dijangka membuat pengumuman mengenai program Sabah-Malaysia Rumah Keduaku (SBH-MM2H) dalam masa sebulan lagi.

Pengerusi Majlis Penasihat Ekonomi Sabah (SEAC), Tan Sri David Chu berkata, program SBH-MM2H akan merangsang pasaran hartanah di Sabah kerana warga asing menganggap Sabah sebagai syurga.

Dengan membeli hartanah pada nilai minimum RM600,000 di sini, warga asing layak memohon program itu, katanya.