KOTA MARUDU, SABAH – Masyarakat Kampung Gana di sini berpotensi mengembangkan projek kecil yang bertujuan meningkatkan taraf hidup mereka selain menyumbang kepada keselamatan makanan Sabah.
Sebagai penerima Projek REDD+ Sabah-EU yang dibiayai Kesatuan Eropah selama lapan (8) tahun, masyarakat orang asli luar bandar mula menuai apa yang telah mereka semai.
Hanya masa yang dapat menentukan sejauh mana mereka akan menjadi bukan sekadar petani tetapi sebagai ‘pengusaha makanan’.
Melalui Projek tersebut, masyarakat telah berjaya membina suatu tahap kapasiti untuk membangunkan tanah mereka menjadi usaha niaga yang menguntungkan.
Tidak seperti pelaburan pertanian komersil lain, pelaburan mereka adalah berskala kecil, berasaskan komuniti dan boleh dikatakan organik. Tidak lama dahulu masyarakat ini terpaksa bergantung kepada sumber hutan untuk menyara kehidupan mereka.

Melalui Projek itu, yang objektif utamanya adalah untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat sambil memulihara hutan Sabah, penduduk kini mempunyai pilihan yang lebih baik dan lebih mampan.

“Penduduk kampung telah menanam nenas, kopi, sayur-sayuran organik dan padi bukit,” kata pengurus projek Alexander Minsong, seorang penduduk tempatan Gana.
“Ada antara kami telah menanam keladi cina dan cendawan,” katanya sambil menambah ia mampu meraih harga tinggi di pasaran dan memberi pendapatan yang lebih baik kepada penduduk kampung.
Beliau percaya jika masyarakat terus menguasai seni perniagaan, usaha kecil mereka berpotensi berkembang menjadi lebih besar.

Situasi mungkin menawarkan dorongan kepada komuniti yang tinggal di hutan sebelum ini untuk membina keyakinan dan daya tahan diri. Salah satu daripadanya adalah pandemik COVID-19.
Kepentingan sumber makanan yang mampan dan rantaian bekalan yang tidak terganggu kepada pengguna telah m enjadi salah satu pengajaran sejak wabak itu melanda dunia.
Melihat kepada peluang disediakan projek itu, masyarakat Kg Gana mempunyai segala sebab untuk menjadi “bank makanan” kecil bagi penduduk Sabah yang semakin.
REDD+ adalah rangka kerja antarabangsa bermaksud mengurangkan pelepasan karbon daripada penebangan hutan dan tanda tambah menandakan usaha memulih dan memelihara.
Projek yang bermula pada 2013 itu dijangka tamat pada 30 Nov tahun ini. Sepanjang tempoh lapan tahun, pasukan Projek berpeluan bekerjasama dengan komuniti yang tinggal bersebelahan dengan hutan simpan di tiga (3) kawasan iaitu: empat (4) kampung di Koridor Sungai Kinabatangan, 10 kampung di Kg Gana di Kota Marudu, dan tujuh (7) lagi kampung dalam Zon Ecolinc Kinabalu.
Projek ini menyokong pembangunan aktiviti mata pencarian alternatif yang mampan untuk masyarakat dimana salah satunya adalah pertanian lestari.
Tetapi di Kg Gana, yang terdiri daripada sepuluh (10) kampung, Projek ini turut menyumbang kepada penyelesaian isu utama: bekalan air bersih.
Walaupun penyelesaiannya mudah, dengan tiga (3) sistem air graviti dibina untuk memenuhi keperluan harian penduduk kampung, satu aktiviti di sekitar ini telah memberikan input yang lebih bermakna.
“Kami menanam pokok di dalam hutan. Saya sendiri terlibat dalam projek ini,” kata Malinana Japin.

Beliau menjelaskan bahawa pokok akan memastikan tadahan air kekal berdaya tahan dan sihat untuk generasi akan datang, dan akan terus membekalkan bekalan air bersih dan tidak terganggu kepada masyarakat.
Projek ini juga telah membantu menubuhkan koperasi komuniti dan menjalankan aktiviti pemulihan hutan.
Salah seorang peserta projek terawal, Aendialiana Enam, mengimbau kembali bagaimana projek itu berganding bahu dengan masyarakat dalam hampir setiap langkah untuk memastikan mereka bermula di landasan yang betul.

“Projek ini menyokong kami dengan perkara yang kami perlukan untuk mulakan seperti bahan penanaman. Kami diberi anak benih dan mereka menyuruh kami menjaganya dengan baik supaya ia dapat membesar. Kami juga diberi latihan yang betul termasuk pemasaran,” katanya.
Penduduk kampung perlu menempuh perjalanan selama 30 minit ke bandar Kota Marudu untuk menjual hasil ladang.
Kejayaan Projek di Kg Gana menetapkan arca yang tepat untuk pelaksanaan penuh aktiviti REDD+ di Sabah sebagai tindak balas kepada perjuangan global menentang perubahan iklim melalui pengurusan hutan yang mampan dan pembangunan komuniti.
Ramai peserta melaporkan bahawa pendapatan mereka telah meningkat dan dipelbagaikan. Mereka juga terhutang budi untuk mempunyai akses yang lebih baik kepada pasaran.
“Ia memberi saya rasa pencapaian apabila saya boleh membuat sedikit pendapatan daripada penjualan tanaman yang saya tanam. Tidak kira sama ada RM5 atau RM100,” kongsi Malinana.
Kini masyarakat Kg Gana telah mengembangkan keyakinan diri dan tujuan yang lebih besar daripada hasil kecil yang dicapai, mereka menyatakan keazaman untuk pergi lebih jauh dan lebih besar.
“Salah satu perubahan positif yang saya lihat ialah komuniti saya teruja untuk mempelajari perkara baharu. Ia satu-satunya cara jika kita mahu terus maju. Tidak lama lagi, kami berharap untuk mempunyai Pasukan dari UMS Sandakan untuk mengajar kami cara menanam benih cendawan,” katanya.
Penduduk Sabah boleh menambah nilai kepada apa sahaja yang mereka semai di tanah merekadan pada masa sama mengambil bahagian dalam keseluruhan perjuangan kompleks menentang perubahan iklim.
Perubahan ini bermula dari diri mereka sendiri dengan menjadi pemain yang produktif dalam ekonomi pasaran.