Pusat Khidmat DUN Tambunan Buka ‘Gapari Foodbank’ Untuk Golongan Memerlukan

Pusat Khidmat DUN Tambunan Buka ‘Gapari Foodbank’ Untuk Golongan Memerlukan

0
SHARE

TAMBUNAN, SABAH – Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) melancarkan ‘Gapari Foodbank’ di Pusat Khidmat DUN Tambunan untuk membantu mereka yang memerlukan semasa pandemik ini.

Bank makanan itu dirasmikan oleh Presiden STAR dan Adun Tambunan, Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey G Kitingan dalam satu majlis di sini, kelmarin.

“Kami telah menyediakan premis ini dengan barang makanan untuk diedarkan kepada orang-orang yang benar-benar memerlukannya…

“Terdapat mee, beras, rempah, dan kami juga akan membeli hasil pertanian dari petani yang tidak dapat menjual produknya untuk diedarkan kepada orang miskin,” katanya.

Kitingan mengatakan idea itu pada mulanya dikemukakan pada Khamis lalu, dan kerja dimulakan segera setelah bajet ditetapkan dan tempatnya dikenal pasti.

‘Foodbank’ tersebut dibuka dari jam 9 pagi hingga 4 petang pada hari bekerja. Namun, ia juga akan membuka pintunya pada hujung minggu jika ada keperluan.

“Orang ramai dialu-alukan untuk menyumbangkan barangan jika mereka ingin. Tujuannya adalah untuk memastikan bahawa tidak ada yang kelaparan. Sekiranya anda memerlukan makanan, datang ke sini, dan kami akan membantu anda…

“Saya tahu bahawa lokasi ini mungkin agak jauh dari kampung-kampung yang lebih memerlukan. Mereka tidak perlu turun ke sini jika perjalan terlalu jauh.

“Mereka hanyalah perlu menghubungi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung masing-masing dan menyenaraikan barang yang diperlukan serta jumlah orang di rumah mereka. Kami akan sampai ke depan pintu rumah mereka secara PERCUMA.

 

“Kami juga mencari cara yang lebih mudah untuk mengangkut barang-barang ini, mungkin membeli lori kecil untuk memudahkan perjalanan,” katanya.

Walaupun tiada had untuk jumlah barang yang dapat diambil dari bank itu, Jeffrey mengatakan dia berharap orang-orang akan saling bertanggung jawab dan hanya mengambil apa yang mereka perlukan.

Foodbank akan beroperasi selagi PKP berkuatkuasa dan jika orang memerlukannya.

“Selepas PKP, saya mahu inisiatif ini menjadi penentu Pusat Servis kami. Kita juga boleh mengubahnya menjadi pasar mini dimana hasil tempatan dengan harga yang sangat berpatutan ditawarkan,” katanya.