KOTA KINABALU, SABAH – Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor akan melancarkan program Rumah Mesra SMJ di Rumah Kebudayaan Kuala Penyu di Kuala Penyu pada 28 Sept ini.
Tarikh pelancaran itu dipinda ke sehari lebih awal daripada tarikh asal 29 Sept yang sepatutnya bertepatan dengan ulang tahun dua tahun Gabungan Rakyat Sabah- Kerajaan Negeri Barisan Nasional (GRS-BN) kerana keadaan yang tidak diduga.
Pada majlis itu nanti Ketua Menteri akan melawat dua tapak di Menumbok dan Kuala Penyu di mana dua unit Rumah Mesra SMJ telah siap dibina…
Beliau kemudiannya akan menuju ke Rumah Kebudayaan Kuala Penyu di mana kunci rumah akan disampaikan kepada penerima.