KOTA KINABALU, SABAH – Tiga mata untuk saingan Liga Super Malaysia berjaya diperolehi lagi oleh Sabah FC selepas menewaskan Sarawak United 1-0 malam tadi di Stadium Likas.
Skuad Badak cukup dengan menjadikan gol tunggal daripada kapten pasukan Baddrol Bakhtiar pada separuh masa kedua memastikan kemenangan milik Sabah FC.
Sabah FC yang tampil penuh bersemangat dan mendominasi permainan pada babak pertama namun gagal membolosi gol lawan sehinggalah wisel penamat masa pertama ditiupkan.
Bersambung babak kedua, Sabah terus melakukan serangan dan kemasukan Amri Yahya hampir memperoleh jaringan pada minit ke-49 namun sepakannya berjaya ditepis keluar.
Begitu juga pada minit ke-50 apabila percubaan Saddil Ramdani terkena tiang gol pasukan Sarawak.
Bagaimanapun jaringan yang ditunggu-tunggu akhirnya hadir pada minit ke-62 dengan tandukan Baddrol hasil hantaran cantik oleh Saddil.
Selepas itu, Sabah hampir memperoleh jaringan kedua pada minit-70 menerusi voli Taiki Kagayama namun berjaya ditepis oleh penjaga gol pasukan lawan.